Selasa, 15 Mac 2011

Utusan Online - Jenayah

Utusan Online - Jenayah


2 beradik kerugian RM70,000

Posted:

2 beradik kerugian RM70,000

2 beradik kerugian RM70,000

Oleh ANGELINA SINYANG
pengarang@utusan.com.my


Beginilah keadaan kereta dua beradik yang rosak teruk dalam kejadian samun di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 15 Mac – Ibarat babak dalam drama, dua beradik lelaki terpaksa memandu kereta sejauh kira-kira 20 kilometer bagi menyelamatkan diri daripada dikejar empat penjenayah yang cuba menyamun mereka di Lebuh Raya Seremban-Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur hari ini.

Kejadian berlaku ketika kedua-dua mangsa yang berusia 20-an membawa wang tunai RM70,000 selepas mengeluarkannya dari sebuah bank di Sri Petaling, di sini.

Namun tanpa disedari, mereka diekori oleh empat suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Volvo.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, mangsa yang menaiki kereta Honda Civic hanya mengetahui kehadiran penjenayah terbabit semasa berada di lebuh raya berkenaan apabila melihat kenderaan dinaiki suspek cuba mengejar dan menghimpit kereta mereka.

Beliau berkata, suspek terus mengejar dua-beradik terbabit sehingga ke Jalan Loke Yew di sini sehinggalah mangsa terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan kereta mereka merempuh kenderaan lain.

"Setelah kereta mereka berhenti, si abang yang membawa wang cuba keluar dari kenderaan untuk melarikan diri namun dihalang oleh penjenayah yang membawa parang.

"Penjenayah kemudian merampas beg berisi wang dipegang mangsa dan cuba menetaknya namun mangsa bernasib baik kerana tangannya terkena pada bahagian parang yang tidak tajam menyebabkan dia hanya mengalami luka kecil," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, penjenayah terus melarikan diri selepas memperoleh wang RM70,000 daripada mangsa.

Katanya, polis sedang berusaha mengesan suspek dan menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan iaitu rompakan berkawan tanpa senjata api.

Seorang rakan sekerja mangsa yang ditemui di tempat kejadian memberitahu, mangsa mengeluarkan wang tersebut untuk menyelesaikan urusan syarikat.

"Kami mengusahakan perniagaan membuat bingkai gambar di Sungai Besi di sini," katanya.

Sementara itu, Utusan Malaysia sempat menemui dua-beradik terbabit di tempat kejadian namun mangsa enggan ditemuramah kerana masih terkejut dengan insiden menimpa mereka.

Mangsa ditetak dikenali sebagai Ng, 26, hanya berkata, dia tidak menyangka mereka menjadi sasaran penjenayah dan mahu membuat laporan polis selepas membersihkan luka di tangannya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Hina azan: Jamil minta kerjasama SKMM, PDRM

Posted:

Hina azan: Jamil minta kerjasama SKMM, PDRM

Hina azan: Jamil minta kerjasama SKMM, PDRM

KUALA LUMPUR 15 Mac - Kerajaan akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu mempersendakan azan di laman Youtube.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom (gambar) menegaskan, kerajaan memandang serius perbuatan mana-mana pihak yang tidak menghormati agama lain dengan menggunakan medium Internet untuk mencetuskan isu-isu sensitif.

Sehubungan itu, katanya, kerjasama berkenaan akan dilakukan untuk memastikan isu-isu yang boleh menjejaskan keharmonian negara itu dapat ditangani segera.

"Saya ingin tegaskan di sini bahawa tindakan berbentuk provokasi terhadap agama Islam dan agama-agama lain di negara ini yang berniat jahat tidak akan dibiarkan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Pusat Khidmat Pelanggan Setempat dan laman web korporat terbaru Takaful Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Takaful Malaysia Berhad, Datuk Ismee Ismail.

Jamil Khir mengulas gesaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak kerajaan supaya bertindak tegas terhadap pihak tertentu yang mempersendakan laungan azan dan menyiarkannya menerusi laman Youtube.

Menurut PPIM, perbuatan menghina agama Islam itu boleh dilihat dengan melayari laman web PPIM di www.muslimconsumers.org.my

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen