Rabu, 23 Mac 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa

The Malaysian Insider :: Bahasa


MP PKR Johari dedah identiti ‘Datuk T’, kaitkan pemimpin Umno

Posted: 22 Mar 2011 11:09 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Mac — Ahli Parlimen Sungai Petani Datuk Johari Abdul mendedahkan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay sebagai lelaki misteri "Datuk T" dan bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik sebagai antara mereka di belakang pendedahan rakaman video seks, kelmarin.

Johari juga mendakwa kedua-dua mereka cuba memujuk beliau dan ahli-ahli Parlimen PKR yang lain agar keluar dari parti itu selepas menonton rakaman itu.

PKR sudah pun berhadapan dengan nasib kehilangan enam ahli Parlimen sejak awal tahun lalu.

Lelaki dalam video tersebut didakwa sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi Ketua Pembangkang itu telah pun menafikan dan membuat laporan polis semalam.

Wakil rakyat PKR itu berkata, beliau dibawa oleh seorang pak cik ke Hotel Flamingo dekat Ampang petang kelmarin, beberapa jam selepas pemberita menonton rakaman video yang sama dan bertemu dengan "Datuk T".

Pada sidang media yang diadakan di sini, Johari berkata sesi menonton klip video itu di Carcosa Seri Negara telah diaturkan oleh pegawai khas Abdul Rahim.

Di Hotel Flamingo, Johari berkata, beliau dibawa ke sebuah bilik di mana bertemu dengan Shazryl dan Abdul Rahim.

Selepas menonton rakaman itu, katanya, beliau telah diminta oleh Abdul Rahim agar mengaturkan sesi tontonan bagi ahli-ahli Parlimen PKR yang lain.

Johari berkata, beliau dimaklumkan oleh Shazryl bahawa beliaulah karakter utama di sebalik pendedahan rakaman video seks itu.

Dalam pada itu, dakwaan yang sama disiarkan oleh satu blog tetapi menamakan beberapa pemimpin lain termasuk dari Perkasa.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hassan Syed Ali menafikan pihaknya terlibat dalam pendedahan itu.

"Itu tak betul, Perkasa juga tidak terlibat," katanya merujuk kepada tulisan blog tersebut.

Baru-baru ini, nama Shazryl menjadi perhatian ekoran kes samannya berhubung bayaran RM20 juta berkaitan pemerolehan projek jambatan Laluan Antarabangsa Malaysia-Singapura atau lebih dikenali sebagai "jambatan bengkok".

Dalam pendedahan secara soal jawab, penulis blog terbabit mendakwa "Datuk T" yang menayangkan video seks itu kepada media adalah Shazryl dan individu yang menempah bilik untuk tayangan di Carcosa Seri Negara adalah Rahim.

Rahim yang dihubungi The Malaysian Insider berkata akan mengadakan sidang media di ibu negara petang ini.

Kelmarin, "Datuk T" telah menayangkan video seks tersebut kepada media di Hotel Carcosa Seri Negara.

Video 21 minit itu, dalam empat segmen, menggambarkan pemimpin kanan Pakatan Rakyat, yang juga seorang Ahli Parlimen, mengadakan hubungan seks di sebuah hotel di sini.

Ia didakwa dirakamkan pada 21 Februari lalu.

Rakaman itu diperoleh dari hotel pemimpin berkenaan melanggan wanita tersebut.

"Datuk T" juga meminta pemimpin kanan itu dan isterinya meletakkan jawatan dengan segera.

MENYUSUL LAGI Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Timbalan Presiden PBS dilantik timbalan ketua menteri Sabah

Posted: 22 Mar 2011 11:04 PM PDT

KOTA KINABALU, 23 Mac — Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat Sabah Datuk Dr Yee Moh Chai dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri yang baru.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata Yee akan mengisi kekosongan selepas Datuk Peter Pang En Yin, yang kini menyertai Gerakan, digugurkan pada 16 Mac lepas tetapi dikekalkan sebagai Menteri Belia dan Sukan Sabah.

Dr Yee, 56, merupakan Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Api Api.

Sabah mempunyai tiga Timbalan Ketua Menteri. Dua yang lain ialah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Yahya Hussin. — Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan