Ahad, 13 Mac 2011

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Jepun semakin bahaya

Posted:

Jepun semakin bahaya

Jepun semakin bahaya

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB dan MOHD. ALIF ABU BAKAR
berita@kosmo.com.my


ANGGOTA penyelamat memakai pakaian perlindungan radiasi ketika melakukan kerja-kerja menyelamat di bandar Nihonmatsu, Fukushima, Jepun semalam.


KUALA LUMPUR – Masyarakat antarabangsa termasuk rakyat Malaysia di Jepun kini bimbang satu lagi letupan dalam bangunan yang menempatkan reaktor No.3 di loji nuklear Fukushima Daiichi-I mungkin berlaku.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano yang berkata, reaktor ketiga itu mempunyai gas hidrogen yang berpotensi menyebabkan letupan.

Kelmarin penduduk Jepun dikejutkan oleh letupan unit reaktor No. 1 di loji yang sama, sehari selepas bencana gempa bumi dan tsunami melanda Jepun.

Ia sekali gus mencetuskan kebimbangan meluas masyarakat antarabangsa bahawa tragedi letupan loji nuklear di Chernobyl, Ukraine pada tahun 1986 yang mengorbankan lebih 9,000 nyawa manusia bakal berulang.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rakyat Malaysia di Jepun selamat

Posted:

Rakyat Malaysia di Jepun selamat

Rakyat Malaysia di Jepun selamat

Oleh MOHD. YUNUS YAKKUB
yunus.yakkub@kosmo.com.my


ANGGOTA pasukan penyelamat mengangkat mayat seorang mangsa tsunami yang ditemui di Higashimatsushima, daerah Miyagi, Jepun semalam.


KUALA LUMPUR - Kesemua 5,009 rakyat Malaysia di Jepun disahkan dalam keadaan selamat dan mereka telah dipindahkan beberapa pusat pemindahan sejak tsunami melanda negara itu Jumaat lalu.

Menurut sumber pihak Kedutaan Malaysia di Jepun, sehingga pukul 2.30 petang waktu tempatan Jepun, seramai 544 pelajar telah berjaya dihubungi khususnya di wilayah timur laut negara itu yang terjejas teruk susulan bencana tersebut.

"Bekalan makanan di kawasan terbabit juga terkawal meskipun terputus bekalan elektrik memandangkan pihak Jepun begitu bersedia mengenai isu-isu seperti ini.

"Bagaimanapun, kita masih mengumpul maklumat sebenar bilangan rakyat yang telah dipindahkan itu," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Buat aduan jika tidak puas hati

Posted:

Buat aduan jika tidak puas hati

Buat aduan jika tidak puas hati


HISHAMMUDDIN (kanan) menyampaikan sumbangan sagu hati kepada ahli UMNO selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan UMNO Bahagian Sembrong di Kluang semalam.


KLUANG - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pemilik kenderaan yang tidak berpuas hati dan berasa tidak adil dengan saman yang dikenakan boleh tampil membuat aduan bagi memperbetulkan keadaan.

"Kita tidak mahu menganiaya mana-mana pihak. Kalau ada yang tidak mampu bayar sekalipun, kita minta mereka tampil supaya kita dapat mencari jalan menyelesaikan saman tersebut," katanya selepas merasmikan mesyuarat kelompok cawangan UMNO Bahagian Sembrong di Felda Kahang Barat di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Komen