Selasa, 21 Disember 2010

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Feri Melaka-Riau diteruskan

Posted:

Feri Melaka-Riau diteruskan

Feri Melaka-Riau diteruskan

Oleh NORIZAN ABDUL MUHID
utusanmelaka@utusan.com.my


EMRIZAL Pakis (depan) meninjau keadaan sekitar Pelabuhan Tanjung Beruas, Melaka, semalam. - BERNAMA


MELAKA 20 Dis. – Pihak berkuasa Wilayah Riau, Indonesia meminta kerajaan negeri menyegerakan pelaksanaan projek kerjasama perkhidmatan feri mengangkut kenderaan atau Roro melibatkan kedua- dua pihak seperti dipersetujui sebelum ini.

Timbalan Gabenor II Riau, Emrizal Pakis berkata, perkhidmatan itu yang sepatutnya sudah beroperasi pada masa ini didapati sudah tertangguh kira-kira tiga tahun.

Menurutnya, pihak Riau sudah menyiapkan jeti dan feri atau Roro bagi kemudahan tersebut di Pelabuhan Dumai sejak tiga tahun lalu namun perkhidmatan tersebut masih belum beroperasi.

"Masyarakat Riau sudah sibuk bertanya mengenai perkembangan projek ini memandangkan kemudahan tersebut dianggap sebagai terbaik kerana memudahkan penduduk dari wilayah ini berulang-alik ke Melaka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Jeti Pangkalan Beruas yang menghubungkan perkhidmatan feri atau Roro di Melaka ke Pelabuhan Dumai, Indonesia.

Katanya, bagi mengetahui perkembangan mengenai rancangan tersebut, beliau sudah menemui Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam.

Kata beliau, Mohd. Ali menjelaskan, kelewatan melaksanakan projek itu disebabkan pihak pentadbiran Jeti Pangkalan Beruas belum memberi kelulusan kepada kerajaan negeri bagi menjadikan jeti di situ sebagai penghubung feri bagi perkhidmatan tersebut.

Ini kerana, katanya, sebelum ini, kerajaan negeri telah memilih jeti di Kuala Linggi sebagai pangkalan feri namun terpaksa diubah lokasi disebabkan paras air di situ yang tidak menentu.

"Melaka masih menunggu kelulusan daripada Kerajaan Pusat bagi pelaksanaan kemudahan ini dan kita amat berharap agar ia dapat dilaksanakan tahun depan.

"Kita tidak mahu rancangan projek ini terhenti begitu sahaja memandangkan kerjasama ini amat menguntungkan kedua-dua negeri," katanya.

Sementara itu, Mohd. Ali ketika ditemui bagi mengulas mengenai perkembangan projek tersebut, berkata, perkhidmatan berkenaan tetap akan diteruskan dan dijangka memulakan operasinya akhir tahun depan.

Katanya, ia merupakan program kerjasama antara Indonesia-Malaysia yang telah dipersetujui antara kedua-dua negara sebelum ini.

Kata beliau, apabila siap nanti, feri Roro mampu menampung seramai 136 penumpang dan 48 kenderaan dengan masa perjalanan selama enam jam.

Setakat ini, perkhidmatan feri penumpang (tanpa kenderaan) antara Melaka dan Dumai mengambil masa sejam 50 minit manakala penerbangan dari Melaka ke Pekan Baru menggunakan pesawat jenis Fokker 50 adalah selama 45 minit.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiga pasar raya sukan tahun depan - Mohd. Ali

Posted:

Tiga pasar raya sukan tahun depan - Mohd. Ali

Tiga pasar raya sukan tahun depan - Mohd. Ali

MELAKA 20 Dis. - Tiga pasar raya khusus menjual peralatan sukan akan beroperasi di Stadium Hang Jebat, Krubong dan Hang Tuah Mall di sini pada tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, pasar raya sukan di Hang Tuah Mall akan beroperasi dalam bangunan Digital Mall yang sedia ada di kawasan tersebut.

Menurutnya, pasar raya berkenaan akan diurus bersama dengan Perbadanan Stadium Melaka (PSM) dan institut sukan yang akan ditubuhkan di negeri ini pada tahun depan.

"Pasar raya ini akan berfungsi sebagai pusat pembekal barangan sukan yang membolehkan pengusaha mendapatkan barang mereka secara pukal sebelum menjualnya di kedai runcit," katanya.

Menurutnya, pembukaan pasar raya sukan itu nanti membolehkan pengusaha barangan terbabit mempamer barangan sukan yang sesuai dengan kehendak pasaran.

"Saya harap pengusaha barangan sukan dapat mengambil peluang untuk beroperasi di pasar raya khas ini bagi membolehkan produk masing-masing dipamerkan di situ.

"Usaha ini juga membantu pekerja tempatan mendapat pekerjaan terutama dalam bidang profesion sukan," katanya.

Pada masa sama, katanya, kerajaan negeri berhasrat menganjurkan 34 karnival sukan sepanjang tahun depan dalam usaha merancakkan program pelancongan sukan negeri.

Kata beliau, perkara itu akan dibincangkan dengan lebih lanjut bersama pihak Majlis Sukan negeri (MSN) bagi pelaksanaan rancangan tersebut pada masa depan.

"Kita akan mengadakan mesyuarat mengenainya dengan MSN dan PSM kemungkinan pada hujung bulan ini," katanya.

Kata beliau, usaha menganjurkan karnival sukan tersebut bertujuan untuk merancakkan lagi program pelancongan sukan negeri yang merupakan sebahagian komitmen kerajaan negeri menjadikan Melaka destinasi pelancongan utama negara.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan