Selasa, 21 Disember 2010

Utusan Online - Muka Hadapan

Utusan Online - Muka Hadapan


Nahas paling ngeri

Posted:

Nahas paling ngeri

Nahas paling ngeri


ANGGOTA polis serta Bomba dan Penyelamat mencari mangsa yang terlibat dalam kemalangan bas persiaran mengakibatkan 27 maut di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, semalam. - UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR dan CHINA PRESS


IPOH 20 Dis. – Percutian sekumpulan 35 pelancong warga Thailand ke pusat peranginan Cameron Highlands, Pahang bertukar menjadi tragedi apabila 25 daripada mereka maut manakala 10 lagi parah dalam nahas yang disifatkan terburuk dalam sejarah kemalangan membabitkan bas ekspres di negara ini.

Nahas ngeri kira-kira pukul 11.50 pagi di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands itu turut meragut nyawa dua rakyat tempatan iaitu pemandu bas, Omar Shahidan (gambar), 48, dan Soontorn Kian, 38, pemandu pelancong berketurunan Siam.

Ketika kejadian, terdapat seramai 37 orang dalam bas tersebut. Seramai 15 yang terbunuh dalam nahas itu adalah wanita manakala selebihnya 12 orang lelaki.

Dengan angka 27 kematian itu, nahas tersebut disifatkan terburuk dalam sejarah nahas kemalangan jalan raya di negara ini.

Ia meragut paling banyak nyawa selepas kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres di Kilometer 229, Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Bukit Gantang, Perak, meragut 21 nyawa dan mencederakan lapan yang lain pada 13 Ogos 2007.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof berkata, seramai 22 mangsa mati di tempat kejadian, empat ketika dalam perjalanan ke hospital manakala seorang lagi meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

"Bas persiaran dua tingkat itu dikatakan hilang kawalan sewaktu menuruni laluan berbukit sebelum merempuh pembahagi jalan konkrit berdekatan Kampung Juang di sini.

"Bas itu kemudian terpelanting ke laluan bertentangan sebelum terbalik ke dalam longkang sedalam satu meter," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Menurut Zakaria, bas itu menuruni Cameron Highlands kira-kira pukul 11 pagi menuju ke Kuala Lumpur kerana pelancong berkenaan dikatakan akan mengambil penerbangan pulang ke Bangkok melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Polis terpaksa menutup laluan kedua-dua arah selepas kemalangan tersebut," ujarnya.

Beliau berkata, bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu didaftarkan di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah.

Sementara itu, pengarah urusan syarikat berkenaan, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan ketika dihubungi Bernama berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu.

"Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca... saya kena balik dan bincang," katanya.

Menurut Eng Hock, syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas. Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, beliau berkata syarikat akan merancang sesuatu.

Laluan Simpang Pulai-Cameron Highlands dibuka kepada lalu lintas pada 2003 dan merupakan laluan alternatif ke Cameron Highlands selain jalan dari Tapah.

Jalan tersebut juga digunakan bagi mereka yang mahu pergi ke Gua Musang melalui Lojing, Kelantan.

Zakaria ketika ditanya sama ada kemalangan itu berpunca daripada kegagalan brek atau dipandu laju tidak menafikan kemungkinan tersebut dan akan menyiasat dua faktor berkenaan.

"Siasatan lanjut punca sebenar nahas akan dilakukan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros)," katanya.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

'Lihat beberapa penumpang terpelanting ke tepi jalan'

Posted:

'Lihat beberapa penumpang terpelanting ke tepi jalan'

'Lihat beberapa penumpang terpelanting ke tepi jalan'



IPOH 20 Dis. - Sungguh mengerikan! Itulah gambaran suasana kemalangan terburuk di negara ini membabitkan bas persiaran yang mengorbankan 25 pelancong warga Thailand dan dua rakyat tempatan di Kilometer 15, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands di sini, hari ini.

Nahas ngeri itu disaksikan oleh seorang penumpang bas henti-henti Ipoh-Cameron Highlands yang ketika itu dalam perjalanan ke pusat peranginan tersebut.

Penumpang bas berkenaan, Mohd. Shafwan Mohd. Nan , 17, berkata, semasa kemalangan berlaku, bas yang dinaikinya berada tidak jauh dari tempat kejadian.

"Saya lihat ada beberapa penumpang termasuk seorang kanak-kanak terpelanting ke tepi jalan, selain ada mangsa menjerit kesakitan.

"Tidak lama kemudian pasukan penyelamat sampai dan mengeluarkan mayat penumpang dalam bas itu. Keadaan mayat sangat mengerikan kerana ada yang terputus anggota badan," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan dan Perladangan negeri, Datuk Saarani Mohamad ketika ditemui semasa melawat Bilik Mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, kerajaan negeri akan meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat siasatan rapi terhadap struktur jalan di tempat kemalangan.

Katanya, ini kerana sudah terlalu kerap kemalangan berlaku di tempat sama atau berdekatan.

Sementara itu, seorang penumpang warga Thailand yang terselamat, Iunthapa Chuchart, 53, berkata, kesemua mereka datang dari Bangkok untuk bercuti di Cameron Highlands sejak kelmarin.

Wanita itu yang parah di muka dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun berkata, ketika kejadian, mereka dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dan dijadualkan menaiki pesawat pulang petang ini.

Iunthapa adalah antara 10 penumpang lain yang terselamat dan daripada jumlah mereka itu, tujuh dirawat di wad biasa, seorang di Unit Rawatan Rapi manakala dua lagi di zon kuning.

Full Feed Generated by GetFullRSS.com, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan