Khamis, 8 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Musa Hitam letak jawatan pengerusi Sime Darby

Posted: 08 Nov 2012 01:19 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengerusi Sime Darby, Tun Musa Hitam mengumumkan persaraannya dari konglomerat terbesar itu pada mesyuarat agung tahunannya di sini.

Untuk sementara, Tan Sri Samsuddin Osman akan menjadi pemangku pengerusi.

Beliau yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri dilantik menjadi ke dalam Lembaga Pengarah Sime Darby pada September 2007.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/08


Pemandu bas kilang maut ditikam

Posted: 07 Nov 2012 11:32 PM PST

GEORGETOWN: Seorang pemandu bas kilang maut selepas ditikam seorang lelaki dalam pertengkaran di hadapan sebuah kilang di Fasa 4, Bayan Lepas di sini kira-kira jam 7.20 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Hatta Md Zin berkata mangsa, S Suresh Raja, 37, beralamat di 2-1-1 Lintang Sungai Batu, Taman Teluk Kumbar di sini maut ketika dalam perjalanan ke hospital akibat kecederaan parah di pinggang dan bahu.

Beliau berkata menurut pengawal keselamatan kilang berkenaan, mangsa dilihat bertengkar di tepi jalan besar berhadapan kilang itu dengan dua lelaki dan seorang wanita.

"Dalam pertengkaran itu, saksi melihat seorang daripada lelaki yang bertengkar dengan mangsa bertindak menikamnya menggunakan sebilah pisau," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Katanya selepas kejadian itu, dua lelaki bersama wanita berkenaan melarikan diri dengan sebuah Proton Wira biru dengan nombor pendaftaraan PCW 6714. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/08


Tiada ulasan:

Catat Ulasan