Selasa, 6 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Simpan senapang buatan sendiri

Posted: 06 Nov 2012 04:56 AM PST

KUALA TERENGGANU: Tindakan dua peniaga pasar malam menyimpan senapang buatan sendiri membawa padah apabila ditahan dalam satu operasi cegah jenayah oleh Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu, semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Setiu, Asisten Superintendan Idris Mohamed berkata, serbuan dilakukan pada jam 4.30 pagi ke atas sebuah rumah di Kampung Chalok, Setiu. Menurutnya, dalam serbuan hasil maklumat awam dan intipan itu, polis berjaya menemui senjata api buatan sendiri bersama suspek berusia 32 dan 40 tahun itu. "Pemeriksaan lanjut mendapati kedua-dua suspek berkenaan positif dadah jenis ganja dan pemeriksaan ke atas sebuah van milik suspek juga mendapati nombor casisnya juga sudah diubah." katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Kos amah Indonesia naik

Posted: 06 Nov 2012 02:32 AM PST

PUTRAJAYA: Kos pengambilan pembantu rumah Indonesia mungkin dinaikkan berbanding RM4,511 yang dipersetujui Malaysia dan Indonesia sebelum ini susulan rasa tidak puas hati agensi pembantu rumah dari kedua-dua negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S.

Subramaniam berkata agensi terbabit mendakwa jumlah yang ditetapkan itu tidak menguntungkan mereka jika dibanding dengan kadar di negara lain di rantau ini. "Justeru kami minta mereka berbincang sesama sendiri dan usulkan kos yang realistik kepada kami. "Kita tidak tahu meningkat berapa banyak.

Biar mereka cadangkan kadar baru dulu.


Tetapi ada yang membayar sehingga RM 12,000 dan RM13,000 untuk mendapatkan pembantu rumah asing.


Kita harap tidak setinggi itu," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/06


Tiada ulasan:

Catat Ulasan