Ahad, 4 November 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


67,202 calon duduki STPM esok

Posted: 04 Nov 2012 03:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Seramai 67,202 orang calon akan menduduki peperiksaan Penggal 1 Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013, iaitu peperiksaan berdasarkan sistem pentaksiran baru STPM di 771 buah pusat peperiksaan di seluruh negara mulai 5 hingga 8 Nov 2012.

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), daripada jumlah itu, 66,465 orang adalah calon sekolah kerajaan, 658 calon sekolah swasta, 69 calon persendirian individu dan 10 calon sekolah kerajaan negeri. "Mereka ini merupakan calon kohort pertama yang menduduki peperiksaan STPM berdasarkan sistem pentaksiran baru STPM yang mengikuti pengajian tingkatan enam bawah mulai Mei 2012," kata MPM dalam satu kenyataan. Kesemua calon dinasihati supaya sentiasa membawa kad pengenalan dan Laporan Pendaftaran Kemasukan Calon (LPKC) sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. Calon juga boleh mencetak LPKC masing-masing melalui portal MPM di http://www.mpm.du.my. Bagi menghadapi sebarang kemungkinan seperti banjir semasa peperiksaan berlangsung, MPM membuka Bilik Gerakan yang boleh dihubungi di talian 03-61302666 dari jam 7 pagi hingga 6 petang.

Talian lain yang boleh dihubungi ialah 03-61369663 (am), 03-61302664/03-61302646

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/04


Warga Myanmar mati bergaduh

Posted: 04 Nov 2012 03:13 AM PST

KUANTAN: Seorang lelaki warga Myanmar ditemui matiselepas terbabit dalam pergaduhan dengan sekumpulan warga Kemboja di sebuahkilang papan dekat Panching semalam.

Mangsa, Naw Alia, 18, mati akibat cedera parah di kepala selepas dipercayaidihentak dengan kayu beluti. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata dalam kejadian11.30 malam itu, abang mangsa, Kyaw Kyaw Oo, 19, turut cedera dipukul. "Sebelum kejadian, mereka yang juga pekerja di kilang berkenaan dipercayaisedang minum minuman keras sebelum berlakunya pergaduhan," katanya kepadaBernama hari ini

Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/04


Tiada ulasan:

Catat Ulasan