Selasa, 6 November 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


Kos ambil amah Indonesia mungkin meningkat

Posted: 06 Nov 2012 02:42 AM PST

PUTRAJAYA: Kos pengambilan pembantu rumah Indonesia mungkin dinaikkan berbanding RM4,511 yang dipersetujui Malaysia dan Indonesia sebelum ini susulan rasa tidak puas hati agensi pembantu rumah dari kedua-dua negara.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, agensi terbabit mendakwa jumlah yang ditetapkan itu tidak menguntungkan mereka jika dibanding dengan kadar di negara lain di rantau ini.

"Justeru kami minta mereka berbincang sesama sendiri dan usulkan kos yang realistik kepada kami.

"Kita tidak tahu meningkat berapa banyak. Biar mereka cadangkan kadar baru dulu. Tetapi ada yang membayar sehingga RM 12,000 dan RM13,000 untuk mendapatkan pembantu rumah asing. Kita harap tidak setinggi itu," katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Katanya, wakil agensi dari kedua-dua negara dijangka mengadakan pertemuan dengan jawatankuasa bersama Malaysia-Indonesia pada pertengahan bulan ini bagi membincangkan isu itu.

Dr Subramaniam juga berkata, Indonesia lebih suka menghantar pembantu rumah mereka ke negara yang menawarkan gaji tinggi seperti Singapura, Taiwan, Hong Kong, Jepun dan Timur Tengah.

Pada 30 Mei tahun lalu, kedua-dua negara menandatangani protokol bagi meminda MoU Mengenai Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia 2006, dengan memperkemaskan peruntukan terutamanya berkaitan perlindungan dan kesejahteraan untuk pekerja dan majikan.
Antara persetujuan yang dicapai ialah kos pengambilan pembantu rumah ditetapkan pada RM4,511 dan majikan hanya boleh mengambil balik RM1,800 yang dibayar terlebih dahulu bagi pihak pekerja mereka kepada agensi pekerjaan.

Mengulas isu berkaitan, Dr Subramaniam berkata pihaknya dimaklumkan polis sudah mengenal pasti beberapa individu yang disyaki terbabit dalam pengedaran iklan 'amah Indonesia kini dijual' di Kuala Lumpur, minggu lalu.

"Kita harap polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka (yang terbabit)," katanya.

Iklan itu yang dikatakan diedar di sekitar Jalan Chow Kit menjadi topik hangat di Internet dan turut disiar media Indonesia serta mengundang kecaman banyak pihak.

-BERNAMA

Banjir: 4,248 mangsa dipindahkan di 30 pusat pemindahan

Posted: 06 Nov 2012 02:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di 30 pusat pemindahan di seluruh negara meningkat kepada 4,248 setakat jam 6.25 petang tadi.

Menurut portal rasmi banjir di laman web Majlis Keselamatan Negara Jabatan Perdana Menteri, Johor mencatatkan bilangan mangsa tertinggi iaitu 1,979 orang diikuti Selangor dengan 1,957 mangsa, Perak (203 mangsa) dan Melaka (109 mangsa).

Katanya, antara pusat pemindahan dibuka termasuk di Batu Pahat iaitu sebanyak 16 pusat, Ledang (1), Melaka Tengah (1), Jasin (2), Hilir Perak (2), Kuala Langat (5) dan Sepang (3).

Sehingga kini, tiada laporan kematian dan penutupan jalan diterima susulan kejadian banjir yang membabitkan empat negeri itu.

0 ulasan:

Catat Ulasan