Ahad, 21 Oktober 2012

Harian Metro: Setempat

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Harian Metro: Setempat


Tujah muka sampai mati

Posted: 20 Oct 2012 07:29 AM PDT

JEMPOL: Pertengkaran mulut akibat perselisihan faham antara dua sahabat berakhir dengan tragedi ngeri apabila seorang maut akibat ditujah di muka dan dipukul dengan batang besi pengangkat sawit di sebuah ladang di Bukit Rokan Utara, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian jam 12 tengah hari semalam, mangsa berusia 39 tahun dan dua rakan berusia 40 hingga 45 tahun yang juga pekerja ladang pergi ke lokasi itu untuk mengambil hasil sawit.


Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata, siasatan awal mendapati ketika menuai hasil, suspek berusia 45 tahun dipercayai bergaduh dengan menumbuk muka sehingga mangsa rebah.

"Suspek tidak berpuas hati terus memukul mangsa dengan sebatang besi pengangkat sawit sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.


"Seorang pekerja yang melihat kejadian itu melarikan diri untuk memaklumkan kepada pengurus ladang," katanya.


Menurutnya, mangsa yang maut ialah Mofis Ali, 39, manakala suspek ditahan sejam selepas kejadian adalah rakan sekampung mangsa di Bangladesh.

"Polis yang menerima laporan kejadian ke lokasi terbabit berjaya menahan suspek di rumah kongsi berdekatan ladang, sejam selepas kejadian.


"Rakan suspek yang terkejut dengan kejadian itu masih dalam keadaan tidak menentu kerana sedih akibat kehilangan rakan sekerja dan tidak menyangka suspek akan bertindak di luar jangkaan.

"Mangsa dibawa ke Hospital Jempol untuk bedah siasat, manakala rakan yang menyaksikan kejadian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jempol untuk diambil keterangan," katanya.


Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun keseksaan kerana membunuh.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20


JKM siasat remaja diseksa

Posted: 20 Oct 2012 07:26 AM PDT

BATU PAHAT: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan kini menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan empat remaja mendakwa diseksa di sebuah rumah perlindungan di Rembau, menyebabkan mereka melarikan diri, Selasa lalu.

Jurucakap JKM Negeri Sembilan berkata, setakat ini belum ada keputusan dibuat kerana siasatan masih dijalankan.
"Kami memerlukan masa mengumpul maklumat sebelum mengambil tindakan susulan," katanya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak), Mohammad Khairul Hafiz Abdullah berkata, pihaknya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap rumah perlindungan remaja terbabit jika dakwaan empat remaja itu benar.
Menurutnya, pihak diamanahkan menjaga remaja itu perlu melakukan tugas dengan ikhlas bagi mengelak perkara seperti ini berlaku.
"Kejadian seperti itu pernah terjadi sebelum ini di tempat dan lokasi berbeza, tindakan sewajarnya perlu diambil terhadap pengurusan serta kakitangan rumah kebajikan terbabit.

"Penderaan ini adalah satu penganiayaan dan pencabulan hak remaja berkenaan. Jika dakwaan ini benar, kami akan mengambil tindakan undang-undang selain berusaha meminta mahkamah memberi kebenaran kepada pihak berkaitan membuat lawatan mengejut di rumah perlindungan terbabit," katanya, semalam.
Menurut Khairul, lawatan mengejut itu bertujuan menyelami apa sebenarnya berlaku di situ selain berusaha memastikan kejadian dera dapat ditangani.

"Kami beranggapan tiba satu tahap untuk mewujudkan lembaga pelawat yang akan membuat pemeriksaan dan lawatan ke rumah perlindungan seperti ini bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini terjadi," katanya.
Kelmarin, Harian Metro melaporkan, empat remaja mendakwa terpaksa melarikan diri kerana tidak tahan ditampar dan diterajang penghuni serta kakitangan rumah perlindungan remaja terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/20


0 ulasan:

Catat Ulasan