Ahad, 14 Oktober 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


8 diserbu leka berjudi

Posted: 13 Oct 2012 04:20 PM PDT

KUANTAN: Gara-gara ingin cepat kaya dengan cara haram, lapan tahi judi menerima padah apabila ditahan ketika sedang leka berjudi di dua premis berasingan, di Jalan Datuk Wong Ah Jang, di sini, malam kelmarin.

Dalam serbuan jam 11 malam itu, lapan tahi judi termasuk seorang wanita berusia 20 hingga 30 tahun itu ditahan selepas gagal melarikan diri sebaik saja premis kafe siber berkenaan diserbu sepasukan anggota polis dari Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) bersama Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).


Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Superintendan Abdul Aziz Ahmad, berkata dalam serbuan pertama, anggota polis yang membuat serbuan di premis terbabit mengarahkan semua pelanggan premis berkenaan berhenti berjudi untuk membolehkan pihaknya menjalankan pemeriksaan.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/14


Beri lebih perhatian tunai ibadah haji

Posted: 13 Oct 2012 04:20 PM PDT

PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) menasihatkan jemaah sama ada yang sudah berada di Makkah atau yang bakal berangkat ke sana supaya memberi lebih perhatian kepada ibadat haji berbanding ibadat sunat lain khususnya umrah ketika Aidiladha semakin hampir.

Timbalan Pengarah Negerinya, Mohd Rafidi Ibrahim, berkata perkara itu sangat tidak digalakkan untuk dilakukan terutama pada saat akhir kerana dikhuatiri jemaah akan penat sekali gus menjejaskan ibadat haji mereka.


Kata beliau, keasyikan jemaah melakukan umrah sunat juga berupaya menjejaskan kesihatan mereka seterusnya memberi kesan kepada ibadat haji sedangkan ia boleh dielak menerusi rehat yang cukup.

"Pada waktu sekarang, jemaah masih boleh melakukan ibadat sunat ini kerana jarak masa masih panjang dan mereka mempunyai kira-kira dua minggu lagi sebelum menjelangnya Aidiladha.


"Namun ketika masuk Zulhijjah, mereka perlu banyakkan rehat bagi mengumpul tenaga kerana semua jemaah bakal ke Arafah pada 8 Zulhijjah untuk melakukan wukuf pada keesokan hari," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/14


Tiada ulasan:

Catat Ulasan