Sabtu, 13 Oktober 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


57 komputer diguna untuk judi dirampas

Posted: 12 Oct 2012 09:28 PM PDT

KUANTAN: Polis Daerah Kuantan merampas 57 set komputer dan menahan lapan orang yang dipercayai terbabit dalam kegiatan judi haram di dua buah premis kafe siber di Jalan Datuk Wong Ah Jang di sini malam tadi.

Dalam serbuan pertama kira-kira pukul 11 malam, polis merampas 22 komputer dan wang tunai berjumlah RM520 dipercayai hasil aktiviti perjudian dan menahan dua lelaki berumur lingkungan 20-an yang dipercayai penjaga premis berkenaan. Selepas 15 minit kemudian, polis menyerbu pula sebuah premis kafe siber berdekatan dan merampas 35 set komputer dan wang tunai RM250 serta menahan enam orang termasuk dua penjaga premis, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Abdul Aziz Ahmad. Kesemua yang ditahan berumur dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun. Beliau berkata serbuan dilakukan sebagai usaha berterusan pihak polis dalam membanteras kegiatan perjudian siber haram di bandar ini yang semakin berleluasa. Kes disiasat di bawah Seksyen 4(1) (b) Enakmen Hiburan 1993 dan Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi terbuka 1953.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/13


Polis dapat petunjuk baru kes bapa wartawan ditembak

Posted: 12 Oct 2012 09:23 PM PDT

BUKIT MERTAJAM: Polis mendapat petunjuk baru berhubung kes pembunuhan bapa wartawan akhbar berbahasa Cina di sini pada 21 Sept lepas.

Ketua Polis Negeri Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa suspek yang masih bebas dan percaya dapat menahan mereka dalam masa terdekat. "Kita telah dapat petunjuk baru dan beberapa suspek yang terlibat dalam kejadian itu telah kita kenal pasti dan berdasarkan siasatan juga mendapati mereka terlibat dalam satu kejadian tembak pada tahun 2009," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Beliau berkata siasatan juga mendapati penjenayah menggunakan senjata yang sama dalam kejadian tembak pada tahun 2009 itu untuk membunuh Yeap Cheng Chye, 47, seorang peniaga nasi ayam.


"Mereka adalah orang tempatan dan polis percaya suspek terlibat masih berada di sekitar negeri ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/13


Tiada ulasan:

Catat Ulasan