Jumaat, 12 Oktober 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Misi bantuan KP1M ke Myanmar kembali ke tanah air

Posted: 11 Oct 2012 11:11 PM PDT

SEPANG: Anggota misi kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia (KP1M) ke Myanmar selamat kembali ke tanah air selepas berada di negara berkenaan selama lima hari.

Misi yang disertai 56 anggota dari pelbagai kaum dan agama serta pengamal media tiba di Terminal Penerbangan Tambang Murah di sini pukul 11 malam tadi.


Menurut ketua misi yang juga Presiden kelab Datuk Abdul Azeez Rahim, mereka mencipta sejarah tersendiri kerana menjadi kumpulan besar pertama dibenar oleh Myanmar menghantar bantuan ke sana.

"Ini membuktikan keakraban kepimpinan negara Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kepimpinan kerajaan Myanmar iaitu Presiden Thein Sein. Kerana itulah kita amat dihormati dan disegani dan walaupun pelbagai kekangan dan rintangan kami hadapi tapi akhirnya mereka membuka segala ruang untuk kita melakukan misi tersebut," katanya ketika ditemui pemberita sejurus tiba.


Menurutnya sejumlah 580 tan bantuan berupa makanan, perubatan dan kelengkapan lain berjaya diagih sepanjang berada di Myanmar sejak 6 Okt lepas.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/12


Tiga warga Bangladesh ditahan kerana culik rakan senegara

Posted: 11 Oct 2012 10:31 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]KLANG: Tiga warga Bangladesh yang menculik rakan senegara bagi mendapatkan RM50,000 dicekup polis di sebuah rumah di Pulau Carey, Klang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan