Rabu, 10 Oktober 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Enam sekeluarga maut termasuk ibu dan tiga anak

Posted: 10 Oct 2012 04:44 AM PDT

KEMAMAN: Seorang ibu bersama tiga anaknya adalah antara enam yang maut dalam kemalangan yang membabitkan kereta mereka dan sebuah bas ekspres di KM129.65 Jalan Kuantan-Kuala Terengganu berhampiran Meraga Beris, di sini, awal pagi tadi.

Ibu berkenaan ialah Noran Ali, 39, dan anak perempuannya, Nursyazleen Norizan, 12, Nur Syardiena, 9, dan Nurkhairatul Najiha, 4.

Dua lagi yang maut dalam tragedi kira-kira 4.30 pagi itu ialah saudara mereka iaitu Wan Aspisar Wan Abd Kadir, 43, dan Khairudi Omar, 31, yang memandu
kereta itu.

Dua anak Noran iaitu Nursakinah, 17, dan adiknya Nursyafura, 13, parah dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pahang (HTAA.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kemaman, Deputi Superintendan Abdul Marlik Hakim Johar, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila Perodua Viva dinaiki mangsa hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh bas ekspres. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10


Penganggur dipenjara setahun curi beg berjenama

Posted: 10 Oct 2012 01:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri sebuah beg silang berjenama dari pusat beli belah Suria KLCC di sini dan gagal menunjukkan kad pengenalan.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman penjara setahun bagi kesalahan mencuri dan dua bulan bagi kesalahan gagal menunjukkan kad pengenalan terhadap Azri Omar, 41, dan memerintahkannya menjalani hukuman itu secara serentak bermula semasa dia ditangkap, semalam. Azri didakwa mencuri sebuah beg silang yang berharga RM2,680 milik kedai Ermenegildo Zegna di Ground Floor Lot C Suria KLCC, Jalan Ampang di sini pada 7 petang, semalam.


Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Azri juga menghadapi pertuduhan gagal menunjukkan kad pengenalan atau sebarang dokumen pengenalan sementara kepada anggota polis untuk pemeriksaan dan didakwa mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/10


Tiada ulasan:

Catat Ulasan