Selasa, 9 Oktober 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


ISU KAPAL SELAM SCORPENE: SUARAM wajar kena tindakan

Posted: 09 Oct 2012 04:43 PM PDT

bohong konon berlangsung perbicaraan di Perancis

Kuala Lumpur: Tindakan tegas wajar dikenakan terhadap pihak yang sengaja menjatuhkan imej negara dengan menyebar maklumat bohong kononnya perbicaraan mengenai isu pembelian kapal selam Scorpene sedang berlangsung di Perancis.

Tembelang pihak berkenaan pecah berikutan penafian seorang pendakwa raya Perancis, Yves Charpenel terhadap dakwaan yang disebarkan beberapa portal berita online Malaysia.

Bekas pengasas PKR, Ng Lum Yong, berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) mesti melakukan siasatan, terutama ke atas Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) yang berterusan menggembar-gembur isu Scorpene sedangkan tiada kes perbicaraan mengenainya.

Memburukkan kepemimpinan

Katanya, penafian Charpenel jelas menunjukkan perancangan rapi SUARAM adalah berlandaskan motif politik dan menanam persepsi dalam kalangan rakyat kononnya berlaku rasuah dalam urusan pembelian aset pertahanan negara untuk memburukkan kepemimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Rakyat harus membuka mata dengan pecahnya tembelang itu sekarang. KDN mesti mengambil tindakan tegas kerana perbuatan mereka menjatuhkan imej negara," katanya kepada BH, semalam.

Dapatkan naskhah BH hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/

Bayi 30 hari maut dihempap abang tidur

Posted: 09 Oct 2012 04:38 PM PDT

Alor Setar: Seorang bayi lelaki berusia 30 hari maut selepas dipercayai dihempap secara tidak sengaja abangnya, 5, ketika nyenyak tidur di rumah mereka di sini, awal pagi semalam.

Kejadian dipercayai hanya disedari ibu mangsa antara jam 5 hingga 6 pagi semalam, selepas mendapati tubuh bayi itu kaku.

Abang mangsa yang tidur di atas katil dikatakan terjatuh dan menghempap adiknya yang tidur di bawah bersebelahan katil.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas lanjut kerana siasatan masih dijalankan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan