Sabtu, 13 Oktober 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


Pelajar bawa telefon bimbit: Guru tak setuju

Posted: 13 Oct 2012 06:17 PM PDT

Soal selidik NUTP dedah penggunaan di sekolah bawa lebih banyak kesan buruk

Kuala Lumpur: Seratus peratus guru yang menjayakan soal selidik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), menolak sepenuhnya cadangan membenarkan pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata pihaknya menerima maklum balas berkenaan selepas mengedarkan kira-kira 20,000 borang soal selidik secara rambang kepada ahli kesatuan itu, baru-baru ini.

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/


PRU-13 bila-bila masa: PM

Posted: 13 Oct 2012 06:16 PM PDT

Kerajaan BN sudah tepati semua janji

Penampang: Datuk Seri Najib Razak semalam berkata, Barisan Nasional (BN) bersedia mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa kerana rakyat percaya kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan BN sudah menepati semua janjinya dan rakyat juga berkeyakinan penuh apa yang diumumkan dalam pembentangan Bajet 2013 hujung bulan lalu, akan dilaksanakan dan dinikmati mereka.

"Bila kita umum Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), semua yakin tahun depan akan dapat. Sebab itu kita nak buat pilihan raya bila-bila boleh kerana rakyat yakin dengan kita... apabila janji, kita tunaikan," katanya pada majlis Pecah Tanah Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri (ILMAN) dan Perasmian Jambatan Inobong di sini.
Hadir sama, isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman; Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komuniti yang juga Ahli Parlimen Penampang, Tan Sri Bernard Dompok dan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Salleh Said.

Pembinaan ILMAN yang bernilai RM33 juta akan dimulakan bulan depan di tapak seluas dua hektar di Kampung Pagansakan, Inobong di sini, manakala Jambatan Inobong sepanjang 84 meter siap pada Februari lalu sebagai laluan alternatif kepada lebih 2,000 penduduk.

Perdana Menteri berkata, tanggungjawab mentadbir negara bukan perkara mudah dan atas sebab itu kerajaan tidak berbelanja mengikut kehendak atau nafsu semata-mata untuk meraih populariti dan sokongan rakyat.

"Pembangkang pada 2008 nak menang (PRU) tabur janji... tapi tanya rakyat Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, banyak mana janji sudah dilunaskan kerajaan negeri selepas empat tahun berkuasa, 100 peratus jauh sekali, 90 peratus (ditunaikan) tidak disokong dengan fakta.
Pembangkang dibidas

"Kalau kira peperiksaan, (pembangkang) dapat gred D barang kali atau gagal. Senjata pembangkang cuma tiga, pertama kutuk, kedua hasut dan ketiga janji.

"Ini saja tiga senjata pembangkang, mereka kutuk saya dan isteri buat tarian Sumazau, walhal saya menghormati kebudayaan orang Kadazandusun dan orang Sabah," katanya.

Perdana Menteri turut membidas pembangkang yang membuat tuduhan dan menghasut rakyat negeri ini kononnya kerajaan merampas hak rakyat Sabah.

"Kerajaan Persekutuan tidak pernah rampas hak rakyat Sabah. Saya ingin nyatakan jangan sesekali menghasut rakyat negeri ini kononnya kita rampas hak rakyat Sabah, malah kita bagi lebih lagi," katanya.

Beliau juga secara sinis membidas bekas pemimpin BN di negeri ini yang keluar parti untuk menyertai pembangkang.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembinaan sekolah menengah di Moyog di sini, untuk disenaraikan dalam projek yang akan dilaksanakan Kementerian Pelajaran tahun depan, selain kelulusan membina dewan orang ramai dan pusat Permata Negara di Inobong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan