Jumaat, 12 Oktober 2012

Berita Harian: Nasional

Berita Harian: Nasional


4 mak nyah kalah kes guna baju wanita

Posted: 11 Oct 2012 10:12 AM PDT

Seremban: Empat mak nyah semalam gagal mencabar Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 yang menghalang mereka berpakaian wanita.

Permohonan semakan kehakiman yang dibuat Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 25; Shukor Jani, 26; Wan Fairol Wan Ismail, 28 dan Adam Shazrul Mohd Yusoff, 26, ditolak Mahkamah Tinggi di sini, atas alasan seksyen itu sah.

Keempat-empat mereka yang bekerja sebagai mak andam memohon Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 enakmen itu tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau mempunyai kecelaruan identiti jantina.

Berita lanjut dapatkan akhbar BH hari ini


7 perenang naik pangkat

Posted: 11 Oct 2012 10:08 AM PDT

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kenaikan pangkat tujuh perenang Ekspedisi Renangan Perpaduan Selat Inggeris 1 Malaysia (RPSI1M) yang berjaya menamatkan cabaran itu, bulan lalu.

Sambil menyifatkan perenang yang juga anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berhak menerima pengiktirafan itu, Perdana Menteri mengumumkan ganjaran wang tunai RM120,000 kepada mereka serta tujuh lagi perenang simpanan dan jurulatih.

Pengumuman itu dibuat pada majlis penghargaan dan makan tengah hari Ekspedisi RPSI1M di Parlimen, sebagai menghargai jasa dan pengorbanan mengharumkan nama negara.
Saya sudah berbincang dengan Datuk Seri (Dr Ahmad) Zahid Hamidi bahawa kerajaan melalui Kementerian Pertahanan bersetuju untuk menaikkan pangkat perenang terbabit.

Bagi pihak Yayasan 1MDB, kita setuju memberi wang sagu hati. Pertama kepada Estino Taniyu selaku perenang solo atas pencapaian luar biasa, kita berikan RM20,000, yang lain (enam lagi perenang) RM10,000 seorang, manakala perenang simpanan serta jurulatih masing-masing RM5,000, kata Perdana Menteri.

Selain perenang solo, Laskar Kelas Satu PAP (PKL) Estino Taniyu, enam perenang berganti-ganti ialah Kapten Mohd Khairul Faizal Mazli, Sarjan Udara Mohd Salleh Mahmor, Koperal Buranurdin Sali, Koperal (U) Shah Rizal Omar, Laskar Kelas Satu PAP (PKL) Mohd Roslan Mohd Zawawi dan Trooper Mohd Zulfadhli Mohamad. Ekspedisi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBR) yang ditandatangani Perdana Menteri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan