Selasa, 9 Oktober 2012

Berita Harian: Mutakhir

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Berita Harian: Mutakhir


4,000 guru KEMAS terima gaji taraf diploma mulai tahun depan

Posted: 09 Oct 2012 03:25 AM PDT

POKOK SENA: Kira-kira 4,000 guru tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan menerima faedah termasuk gaji setaraf lulusan diploma mulai tahun depan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata sebanyak RM50 juta diperuntukkan kepada KEMAS dalam Belanjawan 2013 untuk tujuan itu.

"Kenaikan ini memberi kebaikan kepada kanak-kanak yang dihantar mendapat bimbingan di Tabika KEMAS," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tabika KEMAS Taman Bandar Baru Pokok Sena, di sini, hari ini.
Mohd Shafie berkata, sebanyak RM15 juta lagi akan diguna bagi melaksanakan projek pembangunan dan menyediakan prasarana lebih baik untuk Tabika KEMAS.

Terdahulu ketika berucap, beliau berkata, perkara yang perlu dihayati dan difahami dalam pendidikan berkualiti bermula dengan penyediaan ramuan awal kanak-kanak.

"Satu ramuan yang dititikberatkan KEMAS dalam pendidikannya ialah peranan institusi kekeluargaan bagi membentuk modal insan yang kreatif, inovatif dan berkemahiran tinggi untuk kejayaan masa depan.

"Bagaimanapun, kejayaan ini hanya boleh dicapai dengan sokongan dan kerjasama ibu bapa, masyarakat dan juga pihak swasta selaras dengan hala tuju negara berlandaskan perancangan Strategi Lautan Biru," katanya.
Beliau berkata, kejayaan Tabika KEMAS diukur melalui tahap kemampuan anak didiknya menguasai kemahiran asas iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul dan dianggap gagal jika tidak dapat menguasai kemahiran asas itu. - BERNAMA

Gempa bumi sederhana landa Irian Jaya

Posted: 09 Oct 2012 03:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda pantai utara Irian Jaya, Indonesia, pada jam 3.49 petang ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Meteorologi Malaysia berkata, gempa itu berpusat di 165 kilometer barat daya Jayapura, Indonesia dan 2,453 kilometer tenggara Semporna, Sabah.

"Ia tidak membawa ancaman tsunami," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan