Ahad, 7 Oktober 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


18 wanita warga asing ditahan dalam operasi di Perak

Posted: 07 Oct 2012 02:44 AM PDT

IPOH: Seramai 18 wanita warga asing berusia 19 hingga 33 tahun ditahan dalam Ops 6P di sebuah pusat kesihatan di Jalan Kampar di sini.

Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Perak, Ahmad Puat Abd Hamid berkata, serbuan itu dilakukan selepas menerima aduan awam mengenai kegiatan tidak bermoral dan menyalahgunakan pas lawatan sosial di pusat kesihatan itu.

Katanya, serbuan itu dilakukan antara jam 11 malam tadi sehingga 7 pagi tadi.

Nelayan wajib sedia jaket, pelampung keselamatan: Johari Baharom

Posted: 07 Oct 2012 02:35 AM PDT

YAN: Semua nelayan wajib menyediakan jaket serta pelampung keselamatan dalam bot mereka ketika keluar menangkap ikan di laut sebagai persediaan menghadapi sebarang kecemasan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Johari Baharom berkata, dalam kebanyakan kes kecemasan sebelum, nelayan yang terselamat ialah mereka yang menggunakan jaket atau pelampung terbabit.

"Jaket keselamatan hanya boleh bertahan enam jam sahaja, jadi nelayan juga perlu menyediakan pelampung bagi membantu mereka jika jaket tidak berfungsi," katanya kepada pemberita pada Majlis Penyerahan Lesen Sampan dan Jaket Keselamatan di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sungai Udang, di sini hari ini.
Mohd Johari yang juga Ahli Parlimen Kubang Pasu berkata peraturan terbabit dikuat kuasa oleh kerajaan awal tahun ini namun masih ramai nelayan yang gagal mematuhi arahan itu.

Beliau berkata, kementeriannya dengan beberapa agensi lain seperti Jabatan Perikanan dan Persatuan Nelayan Negeri Kedah, akan menggiatkan kempen mengenai kepentingan jaket dan pelampung keselamatan agar aspek membabitkan keselamatan diri dan pekerja dipandang serius.

Johari berkata, jika ada nelayan yang gagal untuk mematuhi peraturan terbabit mereka akan dikenakan tindakan digantung lesen menangkap ikan selama enam bulan.

Beliau berkata, peraturan sama juga terpakai bagi nelayan yang menawarkan perkhidmatan memancing di laut kepada orang ramai.
Katanya, kementerian itu juga akan mengkaji sama ada pemancing di laut perlu diliputi kemudahan insurans seperti nelayan lain.

"Kita hanya menyediakan insurans kepada nelayan sahaja sebanyak RM100,000 jika mereka terlibat dalam kemalangan laut serta pelbagai kemudahan perubatan lain," katanya.

Terdahulu Johari menyerahkan lesen sampan kepada 134 nelayan pantai di kawasan Parlimen Yan, Kuala Muda dan Merbok.

Johari berkata, mereka yang memiliki lesen tersebut perlu mematuhi syarat yang ditetapkan, antaranya tidak menggunakan pukat jerut dan tunda yang boleh mengancam spesies ikan yang tidak dibenarkan ditangkap. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan