SUNGAI PETANI: Dua pelajar UiTM Merbok maut selepas motosikal dinaiki mereka terbabas sebelum bertembung dengan lori dekat Sembeling, di sini, kira-kira jam 2.45 petang tadi.

Kejadian berlaku sebaik tayar motosikal dinaiki dua mahasiswa berusia 19 tahun itu, meletup secara tiba-tiba sebelum terus terbabas dan masuk ke laluan bertentangan.