Sabtu, 13 Oktober 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


PRU-13 akan diadakan pada bila-bila masa: Najib

Posted: 13 Oct 2012 03:06 AM PDT

PENAMPANG: Datuk Seri Najib Razak berkata, Barisan Nasional (BN) boleh mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada bila-bila masa mulai sekarang kerana rakyat percaya kepada kerajaan.

Perdana Menteri berkata, ia kerana kerajaan BN sudah menepati semua janjinya dan rakyat juga percaya apa yang dijanjikan dalam Bajet 2013 akan dilaksanakan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Pecah Tanah Bangunan Institut Latihan Mahkamah Anak Negeri dan Perasmian Jambatan Inobong di sini, sebentar tadi.

Enam jemaah haji Malaysia meninggal

Posted: 13 Oct 2012 02:20 AM PDT

BALING: Enam jemaah haji Malaysia meninggal dunia ketika menunaikan rukun Islam kelima itu, akibat masalah kesihatan termasuk komplikasi jantung.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata mereka yang meninggal berusia dalam lingkungan 50-an dan terdiri daripada lima lelaki dan seorang wanita.

Beliau berkata mengikut perjanjian awal, setiap jemaah haji yang meninggal dunia di Arab Saudi, jenazah mereka tidak dihantar balik dan dikebumikan di sana.
"Jenazah mereka akan dikebumi sama ada di Mekah atau di Madinah. Orang dulu-dulu berdoa nak mati di Mekah, nak mati di Madinah sebab itu polisi yang dipersetujui oleh semua, termasuk jemaah haji," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pakaian Persekolahan sesi 2013 di Kompleks Rakan Muda Baling hari ini.

Pada majlis itu, seramai 400 pelajar sekolah rendah dalam daerah Baling, yang terdiri daripada golongan keluarga miskin dan anak yatim, menerima set barangan bernilai RM215 setiap seorang. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan