Rabu, 10 Oktober 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


UIA juara Debat Piala Perdana Menteri 2012

Posted: 10 Oct 2012 03:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Universiti Islam Antarabangsa (UIA) dinobat juara Debat Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori Bahasa Melayu dan naib johan bagi kategori Bahasa Inggeris.

UIA menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi kategori Bahasa Melayu manakala bagi kategori Bahasa Inggeris ditewaskan oleh UiTM.

Kemenangan bagi tempat pertama melayakkan mereka menerima wang tunai RM25,000 manakala tempat kedua, RM15,000.
Hadiah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya di sini, sebentar tadi.

LPPKN sasar 200,000 wanita ambil suntikan HPV di seluruh negara

Posted: 10 Oct 2012 02:57 AM PDT

KOTA BHARU: Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) menyasarkan seramai 200,000 wanita mendapat suntikan vaksin Human Papilloma Virus (HPV) bagi mencegah kanser servik di seluruh negara tahun ini.

Pengarah Bahagian Reproduksi Manusia LPPKN, Dr Rosliah Harun, berkata sasaran meliputi pelajar sekolah menengah atas yang terlepas daripada menjalani suntikan itu yang sepatutnya mereka ambil ketika berumur 13 tahun.

"Kita memberi tumpuan kepada pelajar di peringkat menengah atas yang sedang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi awam dan swasta di seluruh negara, terutama yang lahir antara 1993 dan 1994," katanya kepada pemberita pada pelancaran HPV di Kolej Poly-Tech Mara (KPTM), hari ini.
Beliau berkata, melalui program itu, seramai 71 penuntut KPTM menerima suntikan secara percuma sempena Forum Seksualiti Remaja peringkat kolej berkenaan di kampus cawangan Lembah Sireh di sini.

Selepas ini, seramai 549 pelajar Kolej Islam Sains Teknologi dan Kolej Kejururawatan Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian turut terbabit dalam program itu.

Dr Rosliah berkata, Malaysia adalah negara pertama di dunia yang melancarkan kempen itu bagi menyedarkan masyarakat kepentingan penjagaan kesihatan bagi mengelak penyakit kanser servik di kalangan wanita.

Beliau berkata, berdasarkan kajian pihaknya, seramai 1,865 pelajar di Kelantan yang lahir antara 1993 dan 1994 perlu mendapatkan suntikan vaksin itu. - BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan