Selasa, 4 September 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


SPRM siasat dakwaan Terengganu jual permainan

Posted: 04 Sep 2012 05:51 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyiasat dakwaan bahawa pemain Terengganu 'menjual permainan' semasa menentang Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin di sini, Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan Kumpulan B itu.

Antara nama yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Pengarah SPRM Terengganu, Md Yusoff Md Zain mengesahkan perkara itu dan menjelaskan bahawa selain dua individu tersebut, beberapa pegawai PBSNT dan pemain Terengganu lain turut dipanggil untuk memberi keterangan.


"Kita mula menjalankan siasatan hari ini, tetapi ia masih dalam peringkat siasatan awal dan kita telah membebaskan semua yang dipanggil itu selepas keterangan mereka diambil," katanya kepada pemberita.


Jelasnya, kesemua yang dipanggil telah memberi kerjasama yang baik dan membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan dengan lancar.

Md Yusoff berkata beliau tidak boleh memberi ulasan lanjut kerana siasatan masih di peringkat awal.

Sebelum ini Sharbinee dilaporkan sebagi berkata beliau sanggup disiasat ekoran dakwaan beliau menjual perlawanan. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/04


Tokoh sukan negara Tan Sri Hamzah Abu Samah meninggal dunia

Posted: 04 Sep 2012 05:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Seumur Hidup Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Hamzah Abu Samah, meninggal dunia akibat sakit tua di Mantin, Negeri Sembilan, hari ini.

Allahyarham Hamzah, 88, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 3.30 petang.

Kematiannya disahkan oleh isterinya Toh Puan Zainon Hussain ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Allahyarham pernah menyandang jawatan Menteri Undang-undang dan Peguam Negara sebelum bersara daripada Kabinet pada September 1980. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/04


Tiada ulasan:

Catat Ulasan