Isnin, 3 September 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Paralimpik 2012: Hasihin raih pingat perak

Posted: 03 Sep 2012 05:50 AM PDT

Hasihin Sanawi
Hasihin Sanawi

LONDON: Pemanah elit paralimpik negara, Hasihin Sanawi meraih perak pada Sukan Paralimpik London. Ia merupakan pingat pertama Malaysia pada temasya sukan itu. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/03





Dalang sindiket dadah ditahan, dadah bernilai RM8.3j dirampas

Posted: 03 Sep 2012 04:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga Nigeria, dipercayai dalang sebuah sindiket penyeludupan dadah antarabangsa, merupakan antara 13 individu yang ditahan dalam beberapa serbuan sejak minggu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata polis turut merampas 39 kilogram dadah jenis Syabu dan 16.9 kilogram heroin, yang dianggar bernilai RM8.3 juta.

Beliau berkata suspek berusia 32 tahun itu ditahan bersama pasangannya, seorang wanita tempatan berusia 31 tahun, di sebuah banglo dipercayai milik lelaki terbabit di Lukut, Negeri Sembilan, Sabtu lalu.

"Kita percaya suspek merupakan dalang yang membuat penyelarasan bagi menyeludup dadah ke negara ini, di samping mempunyai kaitan dengan beberapa kes penyeludupan dadah antarabangsa yang dikesan sepanjang minggu lepas," katanya pada satu sidang akhbar di sini hari ini.


"Kita percaya penahanan suspek boleh membawa kepada pengesanan pengedar dadah yang berurusan dengannya sebelum ini. Bagaimanapun, polis tidak menemui dadah ketika serbuan di banglo terbabit," katanya.


Noor Rashid juga berkata dua kenderaan mewah jenis BWM dan Toyota Camry disita dalam serbuan di Lukut.

"Siasatan awal mendapati suspek warga Nigeria itu memiliki sebuah hotel di negara asalnya. Kita akan siasat juga sejauh mana penglibatan pasangannya dalam sindiket ini," katanya.

Beliau berkata pasangan itu ditahan susulan serbuan di sebuah pangsapuri di Taman Seri Hartamas pada Jumaat lepas dan penahanan seorang lelaki warga Nigeria.

Dalam serbuan itu, polis merampas 26 bungkusan plastik berisi Syabu seberat 26.8 kilogram dan 17 bungkusan plastik berisi heroin seberat 16.9 kilogram yang ditemui dalam empat beg pakaian.

Noor Rashid juga berkata polis menahan seorang lelaki warga Nigeria dan seorang wanita warga Zambia di lobi pangsapuri di Damansara Perdana serta merampas empat paket plastik berisi Syabu seberat 2.9 kilogram pada 28 Ogos lalu. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/03


Tiada ulasan:

Catat Ulasan