Ahad, 2 September 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Terjun tingkat satu

Posted: 01 Sep 2012 03:56 PM PDT

KLUANG: Bimbang diketahui keluarga, seorang lelaki berusia 20 tahun nekad merempuh penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAJ) sebelum terjun dari tingkat satu sebuah hotel bajet di sini, untuk mengelak ditahan, pagi semalam.

Lelaki terbabit kemudian melarikan diri sejauh 300 meter dari hotel terbabit sebelum berjaya ditahan selepas kepenatan.


Ketika mendedahkan perkara itu, Pegawai Tadbir Agama Islam JAJ Daerah Kluang, Khalil Mohd Noor berkata, serbuan dijalankan jam 5 pagi.

"Kami mengetuk pintu bilik sebuah hotel bajet sebelum ia dibuka. Kami kemudian mendapati penyewa bilik yang juga seorang lelaki serta remaja perempuan berusia 18 tahun tidak mempunyai hubungan mahram.


"Ketika pemeriksaan, lelaki terbabit tiba-tiba merempuh beberapa penguat kuasa sebelum nekad terjun dari tingkat satu hotel berkenaan," katanya di lokasi kejadian.


Menurut Khalil, ketika kejadian, beberapa penguat kuasa menunggu di bawah hotel itu sebagai langkah berjaga-jaga.

Penguat kuasa bagaimanapun gagal menahan lelaki terbabit yang terus melarikan diri sejurus terjun.


"Kami mengejarnya yang melarikan diri di jalan raya. Ketika itu, keadaan sekitar sunyi dan dia berjaya ditahan 300 meter dari hotel.

"Lelaki terbabit tidak cedera akibat terjun, malah berpakaian lengkap ketika melarikan diri," katanya.


Menurut Khalil, pemeriksaan mendapati pasangan terbabit belum bekerja, malah remaja perempuan itu tinggal dua kilometer dari hotel berkenaan.


"Pasangan terbabit mendakwa tidak melakukan apa-apa di bilik itu, malah hanya berada di situ semata-mata untuk memeriahkan sambutan kemerdekaan.


"Kedua-duanya kemudian dibebaskan selepas diikat jamin oleh keluarga masing-masing," katanya ketika ditemui, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/02


Harta RM2.5j hangus

Posted: 01 Sep 2012 03:55 PM PDT

KUALA TERENGGANU: Pengarah Mara Negeri, Abdullah Muhamad mendakwa kebakaran membabitkan tingkat dua bangunan itu dipercayai berpunca daripada aktiviti tidak sihat remaja.

"Pada petang sebelum kejadian, saya lihat beberapa remaja keluar masuk di sebuah rumah kedai berkenaan dan tidak menolak kemungkinan ia ada kaitan dengan aktiviti remaja terbabit yang dipercayai menjadikan kawasan itu sebagai port menghisap dadah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.


Abdullah berkata, pihaknya tidak dapat memastikan jumlah sebenar kerugian tetapi dimaklumkan ia dianggarkan lebih RM2.5 juta memandangkan semua dokumen dan fail serta peralatan pejabat seperti komputer dan peralatan lain musnah.

Katanya, bangunan dalam proses pengubahsuaian pada tingkat bawah dan satu membabitkan kos sebanyak RM3 juta yang bermula Oktober tahun lalu dan dijangka siap November depan.


Sementara itu, lebih 50 penghuni yang menyewa bilik di tingkat tiga dan empat bangunan bersebelahan Bangunan Mara panik apabila diarahkan keluar selepas asap memenuhi ruang bangunan.


Penghuni, Hamzah Che Mat, 55, dari Jasin, Melaka berkata, dia menyedari kebakaran bangunan itu selepas dikejutkan isterinya yang terhidu bau asap yang kemudian memenuhi ruang bilik yang disewa bersama dua anak.

"Saya masuk ke bilik ini awal pagi kelmarin dan datang ke negeri ini untuk mendaftarkan anak yang bakal memulakan sesi pengajian di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).


"Ketika kejadian itu kami tidur, mujur isteri terbau asap sebelum kami segera keluar daripada bilik bagi menyelamatkan diri," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/02


Tiada ulasan:

Catat Ulasan