Khamis, 13 September 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Najib umum 7 projek ETP RM5.607 bilion

Posted: 13 Sep 2012 02:12 AM PDT

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan tujuh projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan nilai pelaburan RM5.607 bilion.

Secara keseluruhan, pelaburan projek itu dijangka meningkatkan Pendapatan Kasar Negara sebanyak RM2.361 bilion di samping mewujudkan 18,522 peluang pekerjaan baru.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majlis sesi perkembangan terkini mengenai ETP di Hotel Pullman di sini, sebentar tadi.

Pelajar Guatemala didakwa cuba bunuh anggota polis

Posted: 13 Sep 2012 02:10 AM PDT

PETALING JAYA: Seorang pelajar lelaki warga Guatemala mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan cuba membunuh seorang anggota polis, Mei lalu.

John Bayron Coronado Toledo, 23, didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Sazali Abdul Samek dengan cuba melanggarnya dengan kereta di tepi sebuah rumah di Jalan USJ 18/2A, Subang Jaya, pada jam 9.25 malam, 26 Mei lalu.

Tertuduh, yang tidak diwakili peguam, didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Ching Kian Chun memohon supaya tiada ikat jamin diberikan memandangkan tertuduh adalah warga asing dan tiada dokumen perjalanan yang sah.

Hakim Suraiya Mustafa Kamal membenarkan permohonan pihak pendakwaan itu dan menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes dan bagi tertuduh melantik peguam.

Sementara itu, rakan senegara tertuduh, Wilma Albeato Uribe Lodica, 25, turut menghadapi pertuduhan sama dan akan didakwa di mahkamah di sini esok.

- BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan