Rabu, 12 September 2012

Berita Harian: Mutakhir

Berita Harian: Mutakhir


Keputusan skuasy Terbuka Malaysia

Posted: 12 Sep 2012 03:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berikut adalah keputusan pusingan pertama Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia 2012 di Pusat Skuasy Nasional, Bukit Jalil di sini, hari ini.

LELAKI:

------ [2] Mohamed El Shorbagy (EGY) kln Karim Abdel Gawad (EGY) 11-6, 6-1 (menarik diri); Olli Tuominen (FIN) kln Saurav Ghosal (IND) 8-11, 11-6, 12-10, 10-12, 11-5; Nicolas Mueller (SUI) kln Ong Beng Hee (MAS) 11-2, 11-5, 11-2; Abdullah Al Muzayen (KUW) kln [3] Omar Mosaad (EGY) 6-11, 11-4, 11-6, 11-8.

China enggan ulas “kehilangan” Xi Jinping

Posted: 12 Sep 2012 03:01 AM PDT

BEIJING: Pihak berkuasa dan media China enggan mengulas berhubung khabar angin masalah kesihatan yang dihadapi Naib Presiden China, Xi Jinping sejak kebelakangan ini.

Spekulasi membabitkan bakal Presiden China itu tercetus apabila Xi tidak kelihatan di khalayak umum sejak 1 September lalu, selain beliau tidak menyertai pertemuan dengan pemimpin dunia yang melawat negara itu termasuk Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton.

Menurut sumber, Xi dilaporkan mengalami kecederaan belakang ketika berenang.
Berdasarkan teori yang disebarkan menerusi internet, pemimpin tertinggi berusia 59 tahun China itu diserang angin ahmar atau serangan jantung.

Malah, khabar angin itu juga turut mendakwa Xi adalah sasaran cubaan bunuh serta meminggirkan dirinya sebagai persediaan untuk menghadapi perang.

Bagaimanapun, pegawai kerajaan China enggan memberikan sebarang penjelasan susulan ketidakhadiran Xi. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan