Rabu, 8 Ogos 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Duit habis isteri hilang

Posted: 07 Aug 2012 03:25 PM PDT

KOTA BHARU: "Saya bertanya kenapa dia sanggup tinggalkan suami begitu saja dan dia jawab, dia tidak mampu lagi menjaga suaminya. Malah, dia suruh kami tunggu saja surat mahkamah (tuntutan cerai)."

Itu kata Mat Yakob Salleh, 61, mengenai tindakan kakak iparnya yang tergamak meninggalkan suami, Mahmud Hamid, 63, sejak sembilan bulan lalu selepas pasangan hidupnya itu lumpuh dan tidak dapat bercakap akibat serangan angin ahmar.

Menurutnya, akibat tindakan wanita berusia 38 tahun itu, abang tirinya kini dijaga ibu mereka, Siti Liah Tahir, 83, yang sudah tua dan uzur di Kampung Panji, di sini.

"Kami terkilan kerana begitu mudahnya dia meninggalkan suami dan mengabaikan tanggungjawab sebagai isteri," katanya ketika ditemui.


Mat Yakob berkata, Mahmud dan isterinya hidup sebagai suami isteri selama 15 tahun dan kehidupan mereka pada mulanya bahagia dengan dikurniakan tiga anak berusia antara lapan dan 14 tahun.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08


Gelora cintai isteri kawan

Posted: 07 Aug 2012 03:25 PM PDT

ALOR GAJAH: Seorang lelaki bertindak kejam menyerang seorang ibu muda beranak lima dengan cota hingga parah di sebuah taman perumahan di sini, awal pagi kelmarin.

Difahamkan, lelaki berusia 24 tahun itu adalah rakan sekerja suami mangsa yang tinggal di taman sama dan menaruh hati terhadap wanita itu sejak tujuh tahun lalu.

Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, P Anjalai, 27, sedang tidur bersama anak bongsunya berusia tiga tahun di dalam bilik selepas suaminya, P Thenagaran, 31, keluar bekerja.

Manakala empat lagi anaknya iaitu T Yogeswaran, 9, T Phavitra, 8, T Thiviya, 5, dan T Sutharshini, 4, tidur di ruang tamu rumah berkenaan sebelum seorang lelaki meluru masuk ke dalam bilik tidur mangsa.


Anjalai dikatakan cuba mempertahankan diri ketika lelaki itu cuba menanggalkan baju dan seluarnya sebelum berlaku pergelutan hingga menyebabkan mangsa pengsan akibat dipukul dengan senjata tumpul.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/08


Tiada ulasan:

Catat Ulasan