Isnin, 6 Ogos 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


‘Uda’ hilang suara

Posted: 04 Aug 2012 08:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gara-gara menolak lamaran untuk menjadi suami, pelakon dan penyanyi Razali Hussain mendakwa menderita akibat disantau seorang peminat wanita.

Pelakon yang baru muncul dengan filem komedi Man Sewel Datang KL itu berkata, selepas menolak lamaran wanita yang juga peminat tegarnya, dia berdepan pelbagai masalah kesihatan sehingga menjejaskan kerjaya seninya.

Malah, beberapa perniagaan diusahakannya hasil titik peluh bergelar artis turut terkena tempias.

Razali berkata, semuanya bermula apabila dia dihampiri seorang wanita yang mengaku sangat meminatinya. Malah, wanita itu sering memberi hadiah sebagai tanda sokongan. Hinggalah pada satu tahap, wanita itu meluahkan isi hati untuk melamar Razali sebagai suami.


"Saya menolak lamaran wanita itu dengan cara baik, tapi tidak sangka pula dia berdendam. Selepas beberapa ketika, dia masih memberi hadiah tapi tidak lama selepas insiden itu, kami tidak lagi berhubung.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/04


Bayi korban nahas

Posted: 04 Aug 2012 08:18 AM PDT

ENDAU: "Saya turun daripada lori sejurus kemalangan dan ketika itu, selain membantu dua mangsa yang tersepit di dalam kereta, orang ramai turut mengutip cebisan otak bayi yang melekat pada enjin kereta," kata Rizuan Ghozali, 28, semalam.

Rizuan yang bekerja sebagai pemandu lori membawa muatan kelapa sawit ditemui selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dengan kereta dinaiki lima sekeluarga di Kilometer 2, Jalan Mersing-Endau, jam 11.45 pagi semalam.

Dalam kejadian itu, pemandu kereta, Lans Koperal Hazwan Harun, 43, yang juga anggota polis di Balai Polis Bandar Penawar, Kota Tinggi, cedera parah manakala isterinya, Normah Daud, 30-an, ibunya, Saemah Sulaiman, 68, dan bapanya, Harun Ab Majid, 70, cedera dan dikejarkan ke Hospital Mersing untuk rawatan.

Anak perempuan pasangan itu, Idayatul Naziha berusia tujuh bulan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.


Ketika kejadian, keluarga berkenaan dikatakan dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke kampung Hazwan di Gua Musang, Kelantan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : 2012/08/04


Tiada ulasan:

Catat Ulasan