Khamis, 5 Julai 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


7 kapal berlabuh di kawasan larangan bersauh di tahan

Posted:

7 kapal berlabuh di kawasan larangan bersauh di tahan

05/07/2012 7:34pm

JOHOR BAHRU -– Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan menahan tujuh buah kapal dengan 82 anak kapal kerana disyaki berlabuh di kawasan larangan bersauh di perairan Pengerang, Kota Tinggi dua hari lepas.

Ketua Penguatkuasa Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Adon Shalan berkata, sebuah bot tunda dan enam kapal tangki itu ditahan ketika agensi berkenaan melakukan satu operasi khas antara 12 tengah hari dan 2.30 petang.

Katanya, anak kapal yang ditahan itu terdiri daripada 54 warga Indonesia, 14 Myanmar, 12 Thailand dan dua rakyat China.

Antara kesalahan lain yang dilakukan ialah berlabuh tanpa kebenaran dan gagal melaporkan ketibaan kapal kepada Ketua Pengarah Jabatan Laut.— BERNAMA

Nelayan temui tengkorak manusia di P. Bidong

Posted:

Nelayan temui tengkorak manusia di P. Bidong

05/07/2012 7:30pm

KUALA TERENGGANU— Dua orang nelayan yang sedang mencari rotan atas bukit di Pulau Bidong, Setiu terkejut bila menemui tengkorak manusia di kawasan peninggalan pelarian Vietnam, pagi Selasa lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K.Manoharan berkata, dua sahabat yang berusia 36 dan 37 tahun itu segera memaklumkan perkara berkenaan kepada pegawai Stesen Penyelidikan Pulau Bidong Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang ketika itu sedang melakukan aktiviti di tapak berkenaan.

Bercakap kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini, Manoharan berkata tengkorak itu ditemui berhampiran kubur kem pelarian Vietnam; bagaimanapun pihaknya gagal menemui cebisan rangka yang lain.

Siasatan awal mendapati tengkorak itu milik seorang lelaki berusia sekitar 18 tahun.— BERNAMA

Syarikat didenda RM60,000 ubah suai meter elektrik

Posted:

Syarikat didenda RM60,000 ubah suai meter elektrik

05/07/2012 6:58pm

PUTRAJAYA — Syarikat Bright Rims Manufacturing Sdn. Bhd. dikenakan denda RM60,000 atau dua tahun penjara kerana kesalahan membuat pengusikan pada meter elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan menghalang meter tersebut daripada merekodkan penggunaan elektrik sebenar.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menjatuhkan hukuman itu di Mahkamah Majistret Selayang dua hari lalu setelah berpuas hati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes itu, kata Suruhanjaya Tenaga dalam kenyataan di sini hari ini.

"Ini adalah hukuman kedua tertinggi yang pernah dijatuhkan oleh mahkamah, di mana sebelum ini denda RM70,000 dikenakan ke atas syarikat Fibre Pak Malaysia Sdn. Bhd. atas kesalahan sama," menurut kenyataan itu.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan