Rabu, 4 Julai 2012

Kosmo Online

Kosmo Online


Timbalan Pendakwa Raya kes Sosilawati disapina

Posted:

Timbalan Pendakwa Raya kes Sosilawati disapina

04/07/2012 6:47pm

SHAH ALAM — Tiga Timbalan Pendakwa Raya dalam kes bunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, hari ini disapina bagi menjadi saksi dalam permohonan pihak pembelaan untuk membuang dua eksibit dalam kes itu.

Dua eksibit itu merupakan nota prosiding membabitkan kes dua saksi pendakwaan, U.Suresh dan K.Sarawanan, yang didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting atas kesalahan melupuskan bukti dalam kes pembunuhan itu.

Suresh, 28, dan Sarawanan, 21, kini menjalani hukuman penjara 20 tahun di Penjara Sungai Udang, Melaka.

Terdahulu, Peguam Gurbachan Singh yang mewakili tertuduh kedua, T.Thilaiyalagan mengemukakan permohonan untuk membuang dua dokumen berkenaan sebagai eksibit atas alasan ia tidak relevan dengan perbicaraan kes bunuh itu.— BERNAMA

Nelayan nyaris lemas dirempuh bot pancung

Posted:

Nelayan nyaris lemas dirempuh bot pancung

04/07/2012 6:09pm

KOTA TINGGI — Seorang nelayan bot jaring terpaksa bertarung dengan maut hampir setengah jam di tengah laut setelah botnya dirempuh sebuah bot pancung ketika menangkap ikan kira-kira 12 batu nautika Timur Laut Tanjung Penyusop Pengerang, Kota Tinggi pagi tadi.

Dalam kejadian 6.30 pagi tadi, mangsa Abd. Malik Abd. Rahim, 50, terpaksa bertindak nekad dengan terjun ke laut walaupun dalam keadaan arus deras dan laut bergelora apabila sebuah bot pancung dari arah Tanjung Balau itu secara tiba-tiba dipandu laju ke arah botnya.

"Ketika itu saya sedang berehat di bahagian belakang bot, manakala adik ipar saya, Mohd. Nazri Rahim, 26, sedang tidur di depan bot sementara menunggu masa untuk mengangkat pukat.

"Secara tiba-tiba saya terdengar bunyi enjin bot yang kuat dan melihat sebuah bot pancung menghampiri bot saya dalam keadaan laju. Saya menjerit, namun agak terlambat menyebabkan saya terpaksa terjun ke dalam laut untuk mengelak daripada dirempuh bot itu," katanya.— BERNAMA

Kanak-kanak pesakit kanser meninggal dunia

Posted:

Kanak-kanak pesakit kanser meninggal dunia

04/07/2012 5:18pm

PEKAN — Kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang menderita penyakit kanser dan turut mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, meninggal dunia awal hari ini. Adik Nur Ainul Hayah Mohd. Shahrizam meninggal dunia pada 12.50 pagi di Hospital Kuala Lumpur.

Ibu kanak-kanak itu, Khairul Hana Abdul Rashid, 35, berkata, jenazah anaknya selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Tanjung Medang, di sini, kira-kira 10 pagi.

"Saya redha dengan ketentuan Ilahi," katanya ketika ditemui di sini.

Adik Nur Hayah ketika dilahirkan pada November 2009 merupakan bayi normal, namun keadaan itu berubah mulai November tahun lepas, selepas dia didapati menghidap penyakit kanser neuroblastoma.

Pada 18 Jun lepas, Perdana Menteri, mengarahkan adik Nur Ainul Hayah diberi segala bantuan sewajarnya.— BERNAMA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan