Khamis, 5 Julai 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Beg sandang berisi mayat bayi

Posted:

Beg sandang berisi mayat bayi

Oleh MANIRAH OTHMAN
manirah.othman@kosmo.com.my

RAHSIA pelajar bersalin dalam tandas asrama sekolah terbongkar apabila gadis itu ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan.


KUALA TERENGGANU – Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini sama sekali tidak menduga beg sandang yang diserahkan seorang rakan sekolahnya untuk disimpan rupa-rupanya mengandungi mayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan.

Rahsia tersebut hanya terbongkar selepas 17 jam mangsa yang berusia 16 tahun menyimpan beg tersebut di bilik asramanya sebelum dia menerima panggilan daripada pihak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) yang memintanya menghantar beg sandang tersebut ke hospital.

Doktor yang memeriksa beg sandang itu menemui mayat seorang bayi perempuan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, sebelum kejadian, seorang pelajar sekolah berusia 16 tahun melahirkan seorang bayi perempuan di dalam tandas asrama sekolahnya pada pukul 1 pagi Selasa lalu.

Menurut beliau, pelajar itu kemudian pergi ke HSNZ pada pukul 6 petang hari sama selepas mendakwa sakit perut.

"Doktor yang memeriksa pelajar itu mendapati pelajar terbabit sebenarnya baru melahirkan bayi," kata beliau ketika ditemui di pejabatnya di sini.

Katanya, selepas ditanya oleh doktor yang merawatnya, pelajar itu mengaku dia melahirkan seorang bayi perempuan dan menyimpan bayi itu di dalam beg sandang.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Buaya Sarawak kembali ganas

Posted:

Buaya Sarawak kembali ganas

Oleh SOPI SAMAILE
berita@kosmo.com.my

INILAH lokasi Drahman dilibas buaya ketika dia mencangkung di atas rakit untuk mencuci tangan di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat Betong, Sarawak semalam.


BETONG - Belum reda kisah buaya Bujang Sebelak mengganas di Sungai Anak, Roban baru-baru ini, satu lagi siri keganasan reptilia tersebut berlaku di Sungai Meruang, Batang Saribas dekat sini pagi semalam.

Kali ini mangsa terbaharu ialah seorang penduduk Kampung Hulu Beladin, Drahman Chali, 55, yang dibaham ketika mahu mencuci tangan pada pukul 8 pagi.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Sarifuddin Mustafa berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama rakannya, Mohammad Nor Bujang, 51, sedang mengikat dan membuat rakit batang rumbia untuk dibawa ke kilang.

Menurutnya, mangsa kemudian mengajak Mohammad Nor makan terlebih dahulu sebelum menyambung kerja mereka dan dia pergi ke bahagian rakit batang rumbia untuk mencuci tangan sementara rakannya itu berada di daratan.

"Bagaimanapun, tiba-tiba seekor buaya telah melibas Drahman sebelum menarik mangsa ke dasar sungai lalu hilang sebelum timbul seketika di permukaan dalam jarak 50 meter daripada pandangan rakannya.

"Mohammad Nor yang terkejut dengan kejadian itu telah cuba menyelamatkan mangsa dengan terjun ke sungai itu namun buaya berkenaan semakin jauh ke tengah sungai," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tingkatan enam dijenama semula

Posted:

Tingkatan enam dijenama semula

PENDIDIKAN tingkatan enam akan melalui penjenamaan semula bagi meningkatkan imejnya sejajar dengan sistem pendidikan prauniversiti. - Gambar hiasan


YOGYAKARTA - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendidikan tingkatan enam akan melalui penjenamaan semula bagi meningkatkan imejnya sejajar dengan sistem pendidikan prauniversiti seperti di kolej matrikulasi dan pusat asasi sains.

Timbalan Perdana Menteri berkata, antara langkah yang akan diambil adalah memisahkan para pelajar berkenaan dari sekolah-sekolah biasa dan menempatkan mereka di pusat-pusat pengajian khas untuk tingkatan enam.

"Kami sedang memikirkan untuk menyatukan tingkatan enam, menggunakan pakaian yang berbeza, jadual waktu yang tidak sama, guru yang tidak sama, kategori yang lain sedikit (secara perbandingan dengan sekolah biasa)," katanya kepada wartawan Malaysia di sini semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berada di sini sejak kelmarin kerana menghadiri mesyuarat Menteri-menteri Pelajaran ASEAN dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan dengannya yang berakhir semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan