Rabu, 4 Julai 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


100 batu nisan dilonggok belakang stor

Posted:

100 batu nisan dilonggok belakang stor

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN
faizal.nazaruddin@kosmo.com.my

PENDUDUK kampung melihat longgokan batu nisan yang dicabut dan ditinggalkan di Tanah Perkuburan Tok Kembung, Kangar semalam.


KANGAR - Projek menambak dan membersihkan Tanah Perkuburan Islam Tok Kembung, Repoh di sini menimbulkan kontroversi apabila waris dan penduduk sekitar mempersoalkan tindakan pekerja sebuah syarikat kontraktor mencabut batu nisan lebih 100 kubur sebelum dilonggokkan di belakang sebuah stor dekat situ sejak sejak Khamis lalu.

Antara yang terlibat ialah kubur seorang jurutera komputer, Allahyarham Noor Suzaily Mukhtar, 24, mangsa dicekik, dirogol dan diliwat dalam sebuah bas di Klang pada akhir tahun 2000 apabila batu nisannya turut dicabut.

Seorang penduduk, Shuib Abd. Rahman, 62, sedih melihat longgokan batu nisan di situ yang dicabut tanpa diletakkan tanda manakala pokok yang ditebang terbiar begitu sahaja.

"Tergamak mereka buat begini pada tanah perkuburan.

"Masalah timbul jika ada waris tidak pasti kedudukan sebenar kubur ahli keluarga mereka selepas batu nisannya dicabut," katanya.

Menurut Shuib, kubur ibu bapanya turut menjadi mangsa kerakusan para pekerja syarikat kontraktor itu apabila batu nisannya telah tiada manakala kawasan kuburnya pula ditimpa pokok besar yang tidak dialihkan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Azizan pertahan Rektor Kuin

Posted:

Azizan pertahan Rektor Kuin

ALOR SETAR - Sehari selepas lebih 200 kakitangan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengadakan demonstrasi mendesak Rektornya, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman supaya meletak jawatan, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pula ada pandangan yang berbeza.

Beliau selaku Pengerusi Kuin mempertahankan Jamil kerana berpendapat institusi pengajian tinggi itu tidak menghadapi masalah seperti yang didakwa.

"Saya bawa dia (Jamil) dari UIAM (Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) untuk mengembangkan Kuin. Suruh dia letak jawatan buat apa? Tidak masuk akal," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan kira-kira 200 kakitangan pusat pengajian tinggi milik kerajaan negeri Kedah itu mendesak Jamil supaya meletak jawatan atau dipecat.

Mereka menyertai demonstrasi yang dinamakan 'Himpunan Aman Bersih Kuin 2.0' selepas kecewa dengan pentadbiran Jamil yang didakwa gagal menjaga kebajikan pekerja dan pelajar serta menutup pintu rundingan untuk mencari penyelesaian adil.

Azizan bagaimanapun mengaku memang ada pihak yang tidak berpuas hati dengan pentadbiran Kuin sekarang.

"Sememangnya benda baru ni banyak orang tidak puas hati dan banyak perkara orang tidak faham. Lama-kelamaan nanti orang akan faham," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Duta teksi boleh jaga imej negara

Posted:

Duta teksi boleh jaga imej negara

Oleh JUNHAIRI ALYASA
junhairi.alyasa@kosmo.com.my

NAJIB (tengah, belakang) bersama duta-duta teksi di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Golongan pemandu teksi merupakan satu kumpulan penting dalam sektor pelancongan kerana mereka boleh meningkatkan imej serta memberi persepsi baik terhadap negara terutama dalam kalangan pelancong asing.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, persepsi yang baik atau buruk terhadap negara akan tergambar semasa seseorang penumpang menggunakan perkhidmatan sesebuah teksi dan berinteraksi dengan pemandunya.

Menurutnya, apabila seseorang pelancong mendapat layanan yang memuaskan, mereka akan merasakan bahawa mereka berada di sebuah negara yang makmur dengan rakyat yang mesra dan ia akan disenangi pelancong.

"Dengan menceritakan perkara yang baik mengenai negara dan menunjukkan sikap yang positif, maka para pelancong akan gembira dan menjadikan negara sebagai negara yang disenangi untuk dilawati," katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan