Selasa, 3 Julai 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Rektor Kuin didesak letak jawatan

Posted:

Rektor Kuin didesak letak jawatan

TUNTUTAN...Sebahagian daripada 200 kakitangan Kuin mengadakan demonstrasi di hadapan bangunan pentadbiran kampus di Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Kemelut pengurusan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di sini sejak beberapa bulan lalu memasuki episod baharu apabila kira-kira 200 kakitangannya mengadakan demonstrasi di kampus itu semalam bagi mendesak Rektor, Prof. Datuk Dr. Jamil Osman meletak jawatan.

Demonstrasi itu yang dinamakan 'Himpunan Aman Bersih Kuin 2.0' disertai kakitangan pelbagai peringkat serta dianjurkan selepas mereka hilang kepercayaan terhadap pentadbiran Jamil yang didakwa mengabaikan kebajikan pekerja dan pelajar.

Jika Jamil enggan meletak jawatan, mereka menuntut Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengambil tindakan memecat beliau.

Ada di antara peserta demonstrasi itu memakai baju putih sebagai tanda protes di hadapan pejabat rektor mulai pukul 1.30 petang.

Namun Jamil tiada di pejabat pada waktu itu kerana bercuti.

Demonstrasi itu turut disaksikan ratusan pelajar yang berada di sekitar kawasan kampus tersebut.

Kuin yang ditubuhkan pada tahun 1994 pada ketika ini mempunyai lebih 300 kakitangan dan kira-kira 5,000 pelajar.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Dana strategik RM1b dilancar

Posted:

Dana strategik RM1b dilancar

NAJIB Tun Razak menandatangani plak perasmian ibu pejabat baru MIDA di Plaza Sentral, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan Dana Strategik Pelaburan Domestik bernilai RM1 bilion.

Dana itu bertujuan meningkatkan penyertaan syarikat milik Malaysia dalam rangkaian bekalan global, industri berintensifkan pengetahuan dan industri berasaskan inovasi.

Beliau berkata, dana itu akan diurus oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). Ia akan diluluskan pada asas rundingan, berdasarkan permintaan syarikat dan merit setiap kes, dengan objektif untuk meningkatkan keupayaan teknologi pelabur domestik.

Najib berkata, dana itu bermatlamat meningkatkan dan memanfaatkan peluang-peluang penyumberan luar yang diwujudkan oleh syarikat multinasional yang beroperasi di Malaysia. Ia juga bertujuan meningkatkan penguasaan teknologi oleh syarikat milik Malaysia dan membolehkan syarikat berkenaan memperoleh standard pensijilan antarabangsa dalam industri strategik.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiga ditahan kes bakar kerani bank

Posted:

Tiga ditahan kes bakar kerani bank

Oleh NOR SHAFAWATI YUP
shafawati.yup@kosmo.com.my

KUALA LUMPUR - Polis menahan tiga lelaki termasuk seorang pemuda yang lamarannya dipercayai ditolak keluarga P. Yoga Ambiga yang mati dibakar hidup-hidup di depan pintu rumahnya di tingkat sembilan Apartmen Mesra Prima, Kampung Ampang Campuran pada Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, suspek pertama berusia 33 tahun yang dipercayai pernah meminang Yoga, 27, ditahan ketika dia datang menyerah diri di Balai Polis Ampang pada pukul 5.20 petang kelmarin.

"Sebelum ditahan, suspek yang bekerja sebagai juruteknik bersama peguamnya datang menyerah diri selepas dicari polis," kata beliau ketika dihubungi.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan