Khamis, 5 Julai 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Orang ramai disaran simpan nombor talian 'hotline' polis

Posted: 05 Jul 2012 06:33 AM PDT

KUALA LUMPUR: Orang ramai dan pihak pengurusan pusat beli belah disaran menyimpan nombor talian 'hotline' Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu polis dalam membanteras kegiatan jenayah secara berkesan.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Mohd Zulyadaen Ismail berkata tindakan itu bukan hanya dapat membantu polis tetapi sekaligus dapat mengurangkan kadar jenayah di pusat-pusat beli belah.

Orang ramai boleh melaporkan sebarang aduan menerusi talian hotline PolisKL 03-21159999/ PolisSel 03-20529999 atau melalui laman web PDRM www.rmp.gov.my atau menerusi facebook PDRM, katanya kepada pemberita selepas tinjuan mesra kepolisan berprofil tinggi di sebuah pusat beli belah di Setapak di sini, hari ini.

Katanya polis sentiasa meningkatkan kawalan dan rondaan di tempat awam dan pusat-pusat beli belah berikutan kes jenayah yang berlaku tetapi apa yang penting orang ramai membantu menyalurkan maklumat sekiranya terdapat kejadian jenayah.


Selain itu, beliau bersama kira-kira 30 anggota polis turut mengedarkan risalah kepada pengunjung. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/05


Mayat bayi perempuan ditemui dalam beg galas

Posted: 05 Jul 2012 06:07 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Seorang pelajar berusia 16 tahun yang mengadu sakit perut dan mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, akhirnya mengaku dia baru melahirkan anak dan menyembunyikan bayi itu dalam sebuah beg galas.

Beg galas yang mengandungi bayi perempuan yang dilahirkan pada jam 1 pagi Selasa itu kemudian diberi kepada rakan perempuannya tanpa memberitahu isi kandungan beg itu.

"Mayat bayi perempuan yang cukup sifat ditemui dalam beg galas itu apabila doktor yang merawat pelajar terbabit menghubungi rakan pelajar itu dan memintanya membawakan beg berkenaan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu ACP K Manoharan.

Beliau berkata penipuan pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini itu terbongkar pada jam 6 petang Selasa apabila doktor yang merawatnya mendapati dia baru melahirkan anak.


"Pelajar berusia 16 tahun itu kemudian mengaku kepada doktor itu bahawa dia melahirkan seorang bayi perempuan di asrama sekolahnya," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau berkata hasil siasatan di tempat pelajar itu melahirkan bayinya, polis menemui gunting yang dipercayai diguna untuk memotong tali pusat bayi dan dibuang dalam tong sampah.

Berdasarkan laporan bedah siasat terhadap bayi itu mendapati ada kesan lebam pada kepala dan terdapat air dalam paru-paru serta pendarahan yang teruk, katanya.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian. - Bernama

Artikel ini disiarkan pada : 2012/07/05


Tiada ulasan:

Catat Ulasan