Selasa, 3 Julai 2012

Harian Metro: Mutakhir

Harian Metro: Mutakhir


Gempa bumi kuat landa New Zealand

Posted: 03 Jul 2012 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat dengan magnitud 6.2 pada skala Richter melanda New Zealand pada 6.36 petang ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berlaku di Selat Cook, New Zealand, iaitu 7,512km di tenggara Semporna, Sabah.

Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia dikeluarkan. - Bernama


Wanita maut dalam kebakaran di Sungai Buloh

Posted: 03 Jul 2012 03:48 AM PDT

SUNGAI BULOH: Seorang wanita maut selepas terhidu asap tebal dalam kejadian kebakaran Bilik Gerakan MIC Kampung Baru Sungai Buloh, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, seorang wanita warga Indonesia dikenali sebagai Hasnah, 50-an, ditemui mati akibat terhidu banyak asap selain mengalami kesan lecur pada tubuh dalam bilik air pejabat itu yang turut dijadikan asrama untuk dua pekerja.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan