Khamis, 5 Julai 2012

Berita Harian: MukaDepan

Berita Harian: MukaDepan


Eksklusif: Cerita dari penjara

Posted: 04 Jul 2012 06:45 PM PDT

Susulan kes edar dadah dalam penjara: Banduan melalui empat lapis pemeriksaan sebelum ke sel

Kajang: Jabatan Penjara semalam membawa wartawan dan jurugambar BH meninjau Penjara Kajang bagi menyaksikan proses pemeriksaan keselamatan di pusat tahanan itu. Tinjauan yang turut disertai grafik artis, diatur susulan pendedahan BH Ahad lalu mengenai penyeludupan dan pengedaran dadah dan barang larangan lain dalam penjara membabitkan banduan, warden dan polis.
Peringkat pertama - Pintu Utama − Banduan, warden dan orang awam menjalani pemeriksaan tubuh mengunakan alat pengesan logam.

Untuk berita penuh dapatkan naskhah Berita Harian hari ini

Pengambilan pelatih wajib kelulusan DCA

Posted: 04 Jul 2012 11:33 AM PDT

Isu juruterbang menganggur: DCA, sekolah penerbangan kerjasama wujud pangkalan data

Kuala Lumpur: Berkuat kuasa serta-merta, semua sekolah penerbangan perlu mendapat kelulusan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) sebelum mengambil pelatih juruterbang baru bagi membendung masalah juruterbang menganggur. Juruterbang terbabit juga diminta mendaftar dengan sistem pangkalan data juruterbang yang akan dibangunkan DCA menerusi laman web, www.dca.gov.my.
Pihak berkuasa industri penerbangan itu juga akan bermesyuarat dengan pihak terbabit termasuk syarikat penerbangan, dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian terbaik menangani isu itu.

Ketua Pengarah DCA, Datuk Azharuddin Abdul Rahman, berkata DCA sudah menghantar surat kepada lima sekolah penerbangan mengenai penguatkuasaan peraturan baru pengambilan pelatih juruterbang itu.

"Selaras arahan menteri supaya pengambilan pelatih dihadkan, DCA mengeluarkan surat kepada semua sekolah penerbangan berhubung isu ini. Bermakna kalau mereka nak ambil pelatih juruterbang baru perlu kelulusan DCA.

"Mengenai pangkalan data juruterbang, DCA akan bekerjasama dengan sekolah penerbangan, selain menggesa juruterbang (menganggur) tampil mendaftar dengan DCA menerusi laman web www.dca.gov.my. Bagaimanapun, DCA memerlukan sedikit masa untuk membangunkan sistem pangkalan data itu," katanya.
Hadkan jumlah pelatih

Semalam, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha mengarahkan DCA membangunkan sistem pangkalan data juruterbang dan mengehadkan jumlah pelatih yang diambil sekolah penerbangan selaras permintaan semasa industri penerbangan.

Ia susulan pendedahan eksklusif BH Selasa lalu, mengenai kira-kira 1,000 juruterbang muda yang memiliki lesen juruterbang komersial (CPL) gagal mendapat pekerjaan dalam industri penerbangan negara.

Mereka yang mengeluarkan lebih RM200,000 untuk mendapatkan lesen itu, kini terpaksa bekerja sambilan termasuk di kilang, pasar raya dan restoran makanan segera bagi menampung kos sara hidup serta membayar pinjaman.

Mengikut statistik DCA, 2,292 juruterbang tempatan bertauliah dikeluarkan sejak 2005 hingga tahun lalu, tetapi 1,174 saja mendapat pekerjaan di syarikat penerbangan tempatan dengan 100 yang lain bertugas di luar negara, terutama Indonesia.

Azharuddin berkata, antara syor akan dibincangkan dalam mesyuarat akan datang ialah syarikat penerbangan diminta mengutamakan juruterbang sedia ada berbanding pengambilan kadet juruterbang baru. Bagi sekolah penerbangan dicadangkan juruterbang dilatih menjadi instruktor.

"Kita juga nasihatkan pihak terbabit supaya tidak hanya menumpukan untuk bekerja dengan syarikat penerbangan tetapi juga menceburi sektor penerbangan awam (termasuk menjadi pengawal udara dan jurulatih)," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan