Isnin, 11 Jun 2012

Kosmo Online - Negara

Kosmo Online - Negara


Jimmy dan isteri buntu selesai kes anak

Posted:

Jimmy dan isteri buntu selesai kes anak

Jimmy dan isteri buntu selesai kes anak

Oleh NORHAYATI YAHAYA
norhayati.yahaya@kosmo.com.my

JIMMY SHANLEY dan isteri, Nursuhaila Eliani ketika tiba secara berasingan di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor semalam.


SHAH ALAM - Perbincangan hak penjagaan anak kepada pengacara, Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy menemui jalan buntu apabila kedua-dua pihak tidak bersetuju dengan syarat dan tawaran yang diberikan antara satu sama lain.

Perkembangan terbaharu itu akhirnya membuatkan Mahkamah Tinggi Syariah di sini menetapkan 28 Ogos depan bagi perbicaraan tuntutan hadanah (hak penjagaan anak) terhadap anak tunggal pasangan suami isteri itu, Zahrah Shanley, 11 bulan yang dituntut oleh Nursuhaila.

Pada prosiding semalam, peguam syarie, Mohd. Noor Aizan Md. Idrus yang mewakili Jimmy berkata, pihaknya tidak bersetuju dengan tawaran plaintif (Nursuhaila) pada Jumaat lepas apabila mencadangkan Jimmy hanya boleh melawat anak perempuan mereka tetapi tidak boleh bermalam.

Malah, Jimmy katanya tidak bersetuju dengan cadangan agar lawatan itu pula hanya boleh dilakukan di rumah Nursuhaila dan anak mereka tidak boleh dibawa keluar dari kawasan rumah tersebut.

"Pada prosiding yang lepas bersetuju untuk menjaga anak secara bersama bergilir setiap minggu tetapi apabila kami tunggu surat, dia kata mahu bincang dengan ahli keluarga lain.

"Namun selepas puas menunggu, 22 Mei lalu kita hantar surat memberi cadangan supaya seminggu itu pecah kepada dua iaitu Isnin Selasa, Rabu atau Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad tetapi baru menerima cadangan baharu tadi pada Jumaat lepas," katanya di hadapan Hakim Syarie, Mawardi Che Man di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Hospital tidak terlibat jual organ

Posted:

Hospital tidak terlibat jual organ

Hospital tidak terlibat jual organ

Oleh NASRUL FAIZ ABU AZAL
faiz.abu@kosmo.com.my


KERATAN portal berita Free Malaysia Today mengenai aktiviti jualan organ di Malaysia pada Mac lalu.


KUALA LUMPUR – Pihak polis menyangkal dakwaan penglibatan hospital di negara ini dalam aktiviti pemindahan organ manusia secara haram seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, hasil siasatan pihak polis mendapati, tiada sebarang bukti yang dapat mengesahkan dakwaan bahawa ada aktiviti jualan organ yang dilakukan di hospital di negara ini.

"Siasatan polis dengan kerjasama Kementerian Kesihatan dan Polis Antarabangsa mendapati, tidak wujud mana-mana hospital di Malaysia yang terlibat dengan pemindahan dan penjualan organ.

"Kita minta sekiranya orang awam mempunyai berita atau maklumat sila laporkan kepada polis untuk kita siasat," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Hasan Abdul Rahman di Bukit Aman di sini semalam.

Menurut beliau, siasatan dibuat berdasarkan laporan daripada Kementerian Kesihatan mengenai aktiviti itu yang melibatkan dua lelaki warga Bangladesh seperti yang dilaporkan media Mac lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak korbankan alam sekitar

Posted:

Tidak korbankan alam sekitar

Tidak korbankan alam sekitar


MUHYIDDIN dan isterinya, Puan Sri Norainee Abdul Rahman (kiri) melawat pameran pada Ekspo Yeosu 2012 di Korea Selatan semalam.


YEOSU, Korea Selatan - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dalam keghairahan mencapai status negara maju melalui pelbagai pelan transformasi, Malaysia tidak akan mengorbankan alam sekitarnya yang kaya dengan pelbagai jenis flora dan fauna.

Katanya, kerajaan mengambil pelbagai langkah untuk memelihara khazanah negara termasuk memperkenalkan undang-undang dan dasar pemuliharaan alam sekitar dan biodiversiti.

"Kita sudah ada garis panduan dasar dan kita mahu negeri-negeri di Malaysia yang mempunyai hak dan tanggungjawab ke atas tanah, flora dan fauna supaya mengambil langkah pembangunan tanpa meninggalkan kesan buruk terhadap alam sekitar," katanya selepas merasmikan Hari Malaysia dan melawat Pavilion Malaysia di Ekspo Yeosu 2012 semalam.

Katanya, kerajaan komited untuk memastikan sekurang-kurangnya 50 peratus negara ini kekal dengan kehijauan alam sekitar seperti yang dipersetujui pada Sidang Kemuncak Rio 1992.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan