Selasa, 12 Jun 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Tiga jam seksa mangsa tak bersalah

Posted: 11 Jun 2012 01:28 PM PDT

Oleh Mohd Firdaus Ibrahim, Siti Nor Hidayatidayu Razali, Nurul Ekhwan Haque Fazlul Haque dan Norul Awatif Romli
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: "Dalam keadaan kedua-dua tangan dan kaki diikat, mereka tanpa belas kasihan mencucuh muka dengan besi kimpalan yang masih bernyala, malah saya turut dipukul dengan rotan dan kayu," kata seorang ahli perniagaan yang menjadi mangsa 'tersalah culik' oleh lima penjenayah sebelum dia dihumban di tepi jalan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Hamzi, 36, berkata demikian ketika menceritakan pengalaman ngeri dia diseksa lebih tiga jam selepas diculik ketika berada berhampiran sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang, di sini, jam 8.30 malam, Khamis lalu.

Menurutnya, sebelum kejadian dia keluar bersama isteri dan empat anaknya, namun sebaik turun dari kereta, empat lelaki meluru ke arahnya dan menarik dia masuk dalam sebuah kereta Honda Accord.

"Seorang daripada suspek menutup kepala saya menggunakan beg," katanya ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




‘Baba’ terlampau

Posted: 11 Jun 2012 01:25 PM PDT

KLANG: Dia dipanggil 'baba' oleh seorang budak perempuan berusia lima tahun yang dijaga isterinya, namun dia rupa-rupanya syaitan bertopengkan manusia apabila tergamak merogol dan meliwat kanak-kanak malang itu.

Amat menyedihkan kerana suspek yang berusia 50-an dan berstatus orang kelainan upaya (OKU) serta menerima pencen ilat akibat kemalangan di tempat kerja beberapa tahun lalu, bijak mengambil kesempatan di atas sikap manja mangsa kepadanya.

Kejadian itu yang berlaku di sebuah kampung di pinggir bandar ini hanya disedari ibu mangsa baru-baru ini apabila mangsa yang masih belajar di tadika mengadu kesakitan di bahagian kemaluan.

Sumber berkata, kanak-kanak perempuan malang itu dijaga pengasuh yang juga isteri suspek sejak berusia dua tahun manakala dua lagi adik mangsa dijaga nenek kanak-kanak itu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan