Isnin, 11 Jun 2012

Harian Metro: BeritaUtama

Harian Metro: BeritaUtama


Polis halang bapa Chong Wei terjun

Posted: 10 Jun 2012 12:55 PM PDT

GEORGETOWN: Bapa pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berjaya diselamatkan daripada cubaan untuk terjun dari Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2, menghala tanah besar di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi itu, Lee Ah Chai, 61, pada mulanya dilihat menangis di tepi laut berhampiran pusat beli-belah Queensbay Mall, Bayan Lepas.

Orang awam yang melihat kejadian itu memaklumkan kepada polis sebelum anggota peronda bergegas ke lokasi berkenaan untuk memujuknya pulang ke rumah di Taman Serumpun, Butterworth.

Menurut sumber, selepas hampir tiga jam dipujuk, Ah Chai memberitahu dia mahu pulang ke rumah dan polis mengiringi kereta dipandu lelaki itu untuk memastikan keselamatannya terjamin.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Gilis drebar teksi OKU

Posted: 10 Jun 2012 12:53 PM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu teksi yang juga orang kelainan upaya (OKU) menempuh pengalaman ngeri apabila dia bukan saja diculik, tetapi juga disebat dengan tali pinggang serta digilis menggunakan teksi miliknya oleh dua penjenayah.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.45 pagi 4 Jun lalu di satu kawasan di Kuala Selangor selepas mangsa berusia 47 tahun membawa dua lelaki berusia 30-an menaiki teksinya.

Ketika dihubungi Harian Metro, semalam, mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian kira-kira jam 8 malam 2 Jun lalu ketika berada di rumah, dia dihubungi seorang lelaki yang menempah teksinya untuk ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 4 Jun.

"Dalam perbualan itu, lelaki berkenaan mendakwa mahu pergi bersama adiknya. Selepas bersetuju dengan bayaran dikenakan, dia mengarahkan saya menunggunya di Seksyen 4, Kota Damansara kira-kira jam 8 malam, 4 Jun lalu," katanya ketika dihubungi, semalam.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan