Jumaat, 2 Mac 2012

Utusan Online - Utara

Utusan Online - Utara


Brazil mahu buka Pejabat Konsulat

Posted:

Brazil mahu buka Pejabat Konsulat

Brazil mahu buka Pejabat Konsulat

Oleh AMIZUL TUNIZAR AHMAD TERMIZI
utusanperak@utusan.com.my


ZAMBRY Abd. Kadir menerima kunjungan perpisahan Duta Besar Brazil ke Malaysia, Sergio De Souza Fontes Arruda (kiri) di pejabatnya di Bangunan Perak di Ipoh, semalam. - BERNAMA


IPOH 1 Mac - Brazil bercadang membuka sebuah pejabat Konsulat Jeneral di Perak bagi membantu rakyatnya serta syarikat dari negara itu, Vale Malaysia Manufacturing yang beroperasi di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, perkara itu dimaklumkan oleh Pengarah Urusan Vale Malaysia Manufacturing, Sergio Leite yang bakal bertukar ke Azerbaijan, ketika melakukan kunjungan hormat ke pejabat beliau di sini, hari ini.

"Kita membincangkan langkah-langkah dalam usaha memperteguhkan hubungan dua hala, termasuk Brazil dan mereka mahu mewujudkan jawatan kaunselor Brazil di Perak kerana pelaburan Brazil yang terbesar di Malaysia berada di Perak menerusi Vale International SA (Vale).

"Ini menunjukkan tahap keyakinan pelabur dari Brazil terhadap Perak apabila mereka mencadangkan kemungkinan untuk melantik seorang kaunselor di Perak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan cawangan Bank Al-Rajhi (Al-Rajhi) di Pusat Perdagangan Greentown di sini hari ini.

Cawangan tersebut merupakan yang ke-23 di Malaysia sejak bank Islam terbesar dunia dari Riyadh, Arab Saudi itu mula bertapak di negara ini lima tahun lalu.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Rajhi Malaysia, Azrulnizam Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Zambry berkata, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah membuat perincian serta perancangan semula dalam usaha membangunkan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) di kawasan Utara Perak.

Dalam perancangan semula itu, katanya, NCIA membuat beberapa perancangan besar dalam usaha memperluaskan kawasan perindustrian sedia ada seperti mewujudkan Greater Kamunting dan menyediakan pelan tindakan baharu kepada pembangunan di sekitar Pengkalan Hulu dan Gerik

"Perkara itu telah dibawa dalam mesyuarat NCIA bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kerajaan pada dasarnya bersetuju memperluaskan kawasan perindustrian Kamunting bagi menarik pelaburan dari luar ke Perak.

"Kita sedang memikirkan untuk mewujudkan kawasan perindustrian yang kita panggil Greater Kamunting kerana kawasan sekarang hampir penuh dan kita akan kembangkan kawasan ini hingga ke kawasan Larut," katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, Perak menerima pertambahan nilai pelaburan 314 peratus iaitu daripada RM894 juta pada 2009 kepada RM3.039 bilion pada 2010.

Katanya, 49 projek berimpak tinggi dilaksanakan di negeri ini pada 2009 dan 47 projek pada 2010.

"Dalam pelaburan langsung asing pula, kita telah mencapai peningkatan 412 peratus iaitu daripada RM399.5 juta pada 2009 kepada RM1.646 bilion pada 2010," ujarnya.

Denda RM250 jika 'lontar' sampah

Posted:

Denda RM250 jika 'lontar' sampah

Denda RM250 jika 'lontar' sampah

Oleh KHAIRUL ABIDIN NUAR khairul.nuar@utusan.com.my

IPOH 1 Mac - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan mengenakan kompaun maksimum RM250 kepada mana-mana penghuni kawasan rumah pangsa Kinta Height di sini yang didapati membuang sampah dari tingkat atas berikutan masalah berkenaan telah berlarutan lebih lima tahun lalu.

Ahli Majlis MBI, Choo Kean Sen berkata, mereka yang terlibat juga boleh disenarai hitam daripada menjadi penyewa harta MBI kerana tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab itu menjejaskan tahap kebersihan di kawasan berkenaan yang terletak di pusat bandar.

"Kita melakukan perkara ini bukan untuk mendenda kira-kira 1,500 penghuni di sini, tetapi sebenarnya bertujuan memberi pendidikan kepada mereka supaya lebih bertanggungjawab dalam menjaga kebersihan.

"Sikap suka membuang sampah dari tingkap atas, termasuk di koridor waktu malam adalah sangat teruk.

"Mereka hanya membayar sewa RM130 sebulan dan tiada bayaran kos penyelenggaraan yang perlu ditanggung," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kinta Height, Zulkifli Ismail.

Dalam perkembangan berkaitan, Kean Sen berkata, MBI akan menggantikan tangki air lama di bangunan rumah pangsa setinggi 19 tingkat itu yang bocor dan berusia hampir 30 tahun melibatkan kos sebanyak RM66,320.

Beliau berkata, projek itu yang akan dimulakan pertengahan bulan ini, dijangka siap dalam tempoh dua minggu.

"MBI juga akan memasang semula sistem pencegahan kebakaran membabitkan kos RM99,540 bagi menggantikan sistem sedia ada yang tidak berfungsi disebabkan sebahagian besar peralatannya telah rosak dan hilang.

"Tindakan ini dibuat demi keselamatan penduduk selain menjadikan kawasan ini sebagai satu tempat yang selesa untuk didiami," tambahnya.

Tindakan tegas jual Rumah Mesra Rakyat

Posted:

Tindakan tegas jual Rumah Mesra Rakyat

Tindakan tegas jual Rumah Mesra Rakyat

BUKIT MERTAJAM 1 Mac - Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik Rumah Mesra Rakyat (RMR) yang menjual rumah mereka semata-mata untuk mengaut keuntungan.

Pengerusinya, Datuk Azhar Ibrahim berkata, tindakan itu perlu bagi memastikan golongan yang memiliki rumah tidak sewenang-wenangnya menjual rumah mereka dengan cara mudah.

"Rumah Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB) itu dibina untuk diberikan kepada golongan yang layak pada harga murah berbanding harga rumah lain.

"Sehubungan itu, mereka yang terlibat jangan mengambil jalan mudah bagi mengaut keuntungan kerana kelak mereka akan rugi apabila rumah menjadi milik orang lain dan sukar mendapatkan rumah untuk berteduh,'' katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke RMR di Kampung Permatang Tok Subuh, Bukit Minyak dekat sini hari ini.

Menurutnya, sebagai contoh ada mangsa tsunami sebelum ini yang telah menjual rumah mereka kepada pihak lain.

"Kerajaan tolong rakyat untuk memiliki rumah tetapi kerana mahu mendapat untung jangka pendek, penduduk menjual rumah tersebut yang kelak akan merugikan mereka sendiri," katanya

Projek pembinaan RMR bagi program penempatan semula penduduk setinggan di sini oleh Perda melibatkan kawasan seluas 0.96 hektar dengan SPNB membina 13 buah rumah sejak 3 November tahun lalu dan siap pada 3 Mac tahun ini.

Menurut Azhar, RMR itu berharga RM78,000 manakala pemilik hanya dikehendaki membayar RM46,000 dalam tempoh 25 tahun.

Sementara itu, Azhar berkata, Perda akan membina 238 unit rumah kos rendah melibatkan kos RM15 juta di sini tidak lama lagi.

Menurut beliau, projek di kawasan seluas lapan hektar itu membabitkan pembinaan rumah tiga bilik dengan keluasan 1,000 kaki persegi.

"Rumah yang dibina itu akan dibayar secara sewa beli dalam usaha kerajaan memastikan rakyat memiliki rumah dengan harga murah," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan