Selasa, 6 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Desa Ukiran Kayu martabatkan warisan

Posted:

Desa Ukiran Kayu martabatkan warisan

Oleh RADHUAN HUSSAIN
utusanterengganu@utusan.com.my


Salah satu sudut menarik di Desa Ukiran Kayu di Kampung Raja, Besut.


BESUT 5 Mac - Besut merupakan daerah yang boleh dianggap sebagai salah satu gedung kesenian Melayu dengan para penggiatnya masih terus mewarnai kehidupan melalui apa yang mereka warisi dan pertahankan.

Ini termasuklah seni ukiran kayu dengan nilai estetika yang cukup tinggi dan dikagumi, ditonjolkan oleh para seniman tradisional melalui hasil pertukangan yang dilakukan dengan penuh kecintaan.

Pembinaan Desa Ukiran Kayu (DUK) di Kampung Raja di sini adalah manifestasi kepada Besut Daerah Ukiran Kayu yang telah diisytiharkan pada 12 Ogos 1999 oleh kerajaan ngeri.

Ia sekali gus merupakan satu pengiktirafan terhadap pengukir-pengukir kayu tersohor di sini seperti Allahyarham Che Long Yusof, Allahyarham Tengku Ibrahim Tengku Wook (Tokoh Kraf Negara 1999) dan Allahyarham Wan Su Othman (Tokoh Seni Negara 1997).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Kerajaan Kelantan enggan jawab?

Posted:

Kerajaan Kelantan enggan jawab?

Oleh YULPISMAN ASLI
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 5 Mac - Hasrat seorang wakil rakyat Pas untuk mendapatkan jawapan secara langsung daripada kerajaan negeri sama ada mahu mendedahkan aset Exco kerajaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagaimana dilakukan oleh Kerajaan Pusat, tidak kesampaian.

Ini berikutan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob tidak menjawab salah satu daripada tiga soalan tambahan yang dikemukakan oleh Drs. Zainuddin Awang Hamat (Pas-Limbongan) itu pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

"Apakah ada hasrat kerajaan supaya aset Exco terus kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPMR) sebagaimana dibuat oleh pihak Barisan Nasional?" soalnya.

Wakil rakyat Pas itu turut bertanyakan sama ada kerajaan negeri ada menerima pujian daripada SPRM dan berhasrat mendokumentarikan dasar-dasar kerajaan negeri supaya dapat dicontohi oleh pihak lain.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

113,539 hektar tanah diberi kepada 63,000 individu

Posted:

113,539 hektar tanah diberi kepada 63,000 individu

KOTA BHARU 5 Mac - Kerajaan Pas Kelantan telah memberikan lebih 113,539 hektar tanah milik kerajaan kepada hampir 63,000 individu sejak tahun 2000.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, antara kawasan itu ialah di Jajahan Kuala Krai sebanyak 3,290 hektar kepada 5,151 pemilik; Tanah Merah (8113 hektar kepada 6,173 pemilik), Bachok (763.5 hektar, 2,539 pemilik), Kota Bharu (59 hektar, 650 pemilik).

Daerah lain ialah Gua Musang dengan 60,557.93 hektar melibatkan 3,169 pemilik, Tumpat (281.3 hektar, 1,352 pemilik), Jeli (25,681.18 hektar, 8,623 pemilik), Pasir Mas (1,629 hektar, 3,312 pemilik) dan Machang 559 hektar dengan 1,161 pemilik.

"Jumlah pemohon yang diberikan hak milik tanah oleh Jabatan Tanah dan Galian ialah 62,908 pemilik melibatkan keluasan 113,539.76 hektar," katanya menjawab soalan Arifabillah @ Mohd. Asri Ibrahim (Pas-Dabong) pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan