Isnin, 5 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Kelantan tertinggi diabetes

Posted:

Kelantan tertinggi diabetes

KOTA BHARU 4 Mac - Kelantan mencatatkan jumlah pesakit diabetes tertinggi di negara ini dengan peningkatan mendadak pada tahun lalu kerana budaya masyarakat di negeri ini yang suka makanan manis.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan negeri, Wan Ubaidah Omar berkata, pada tahun lalu seramai 25,000 pesakit diabetes dikenal pasti di negeri ini dengan lebih 4,000 pesakit baru.

Malah beliau mengakui kempen kurangkan gula yang diadakan oleh Kerajaan Pas Kelantan dan Kementerian Kesihatan di negeri ini gagal membendung penyakit tersebut.

"Secara keseluruhannya berbanding tahun-tahun lalu, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan mendadak dan saya akui kempen yang kita lakukan sebelum ini gagal.

"Kita perlu memberi kesedaran kepada orang ramai tentang maksud gula yang sebenar kerana sebenarnya karbohidrat juga adalah gula," katanya ketika menjawab soalan lisan Mohamad Awang (Pas-Gual Periok) pada sidang Dewan Undangan Negeri Kelantan di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

MAIK sumbang RM18,000 mangsa kebakaran di Wakaf Che Yeh

Posted:

MAIK sumbang RM18,000 mangsa kebakaran di Wakaf Che Yeh


KAMARUDDIN Mohd. Zin (empat dari kanan) menyampaikan wang tunai kepada manga kebakaran di Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, semalam.


KOTA BHARU 4 Mac - Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) berkenan menyampaikan sumbangan wang tunai sebanyak RM18,000 kepada sembilan mangsa kebakaran di Wakaf Che Yeh di sini semalam.

Sumbangan tersebut yang merupakan wang zakat disampaikan oleh Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd. Zin.

Hadir sama, Setiausaha MAIK, Che Hamat Che Muda dan Setiausaha Sulit Tengku Mahkota, Mohamed Safaruddin Ismail. Setiap mangsa menerima sumbangan sebanyak RM2,000.

Pada 1 Mac lalu, sembilan unit rumah kedai dua tingkat di Jalan Wakaf Che Yeh musnah terbakar pada kira-kira pukul 6 petang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Paip air 550 kilometer dipasang di kawasan pedalaman

Posted:

Paip air 550 kilometer dipasang di kawasan pedalaman

KOTA BHARU 4 Mac - Kerajaan Pas Kelantan melalui syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memasang paip sepanjang 550 kilometer di kawasan pedalaman bermula tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Anizam Abdul Rahman berkata, pemasangan paip tersebut adalah untuk mengatasi masalah bekalan air di kawasan pedalaman dan luar bandar di seluruh negeri.

Beliau berkata, pada masa sama Jabatan Air Kelantan sedang memasang paip agihan sepanjang 32 kilometer untuk memastikan air dapat disalurkan kepada orang ramai.

"Bagi mengatasi masalah bekalan air khususnya di kawasan pedalaman, AKSB dengan kerjasama kementerian telah mengenal pasti kawasan-kawasan yang bermasalah sejak tahun lepas.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan