Sabtu, 3 Mac 2012

Utusan Online - Timur

Utusan Online - Timur


Air: Pas mesti tanggungjawab

Posted:

Air: Pas mesti tanggungjawab

Oleh AZRAN FITRI RAHIM
azran.rahim@utusan.com.my

KOTA BHARU 2 Mac - Kerajaan Pas Kelantan diharap melaksanakan tanggungjawab untuk menyelesaikan semua masalah yang timbul sebelum menyerahkan pengurusan bekalan air bersih di negeri ini kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, Datuk Md. Alwi Che Ahmad berkata, masalah bekalan air bersih tidak menunjukkan perubahan yang ketara biarpun Pas telah diberikan peluang untuk memerintah Kelantan selama lebih 20 tahun.

Beliau berkata, disebabkan itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sering kali mengadakan demonstrasi menuntut supaya masalah tersebut diselesaikan.

"Saya berpendapat kerajaan negeri ada kaedah tersendiri yang mana ada kerajaan negeri mahu terima dan ada yang menolak SPAN. Terpulang kepada kerajaan negeri ini, saya tidak mahu desak, suruh atau terima kerana kalau kita mendesak kerajaan negeri tidak mahu bertanggungjawab (untuk selesaikan masalah).

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Sultan terkilan golongan muda belum sedia jadi imam, bilal

Posted:

Sultan terkilan golongan muda belum sedia jadi imam, bilal


SULTAN Mizan Zainal Abidin bersalaman dengan penduduk selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Kampung Kuala Pueh di Kuala Berang, Hulu Terengganu, semalam.


HULU TERENGGANU 2 Mac - Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin terkilan dengan sesetengah golongan muda di negeri ini yang belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai imam atau bilal di masjid-masjid.

Titah baginda, senario itu berlaku disebabkan ramai kalangan remaja yang kurang berminat ke masjid atau surau untuk menunaikan solat berjemaah.

Justeru, baginda berharap tindakan segera dapat dilakukan bagi menggalakkan golongan tersebut sentiasa mengunjungi masjid serta mengimarahkan institusi ibadat itu.

Pada masa yang sama, Sultan Mizan menyeru kepada pihak berkuasa agama selain jawatankuasa-jawatankuasa masjid agar memperbanyakkan program keagamaan di institusi ibadat itu untuk menarik minat golongan tersebut.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan