Jumaat, 2 Mac 2012

Utusan Online - Selatan

Utusan Online - Selatan


Pemberian bukan bermotif politik

Posted:

Pemberian bukan bermotif politik

Pemberian bukan bermotif politik

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI
utusanN9@utusan.com.my

SEREMBAN 1 Mac - Sebarang usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk memberikan dokumen pengenalan diri kepada pemohon yang layak bukanlah sifat politik sebaliknya ia adalah proses yang telah tertangguh disebabkan pelbagai masalah sebelum ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata, rata-rata pemohon sebelum ini merupakan mereka yang lahir dan menetap di negara ini, tetapi tidak didaftarkan kerana sebab tertentu.

"Jangan salah faham, dokumen yang diberikan itu memang hak mereka. Bukti kelahiran sudah ada dan atas faktor tertentu pendaftaran itu tidak dapat dibuat pada masa tersebut," katanya di sini hari ini.

Mohamad ditemui pada majlis penganugerahan pengenalan diri Kempen MyDaftar peringkat negeri di Wisma MIC di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam merangkap Pengerusi Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet Masyarakat India (SITF) .

"Usaha yang dilakukan ini adalah inisiatif kerajaan dalam memastikan masalah kelewatan memperoleh dokumen pengenalan diri ini dapat diselesaikan terutama di kalangan masyarakat India," katanya.

Mohamad menjelaskan, sebanyak 500 permohonan yang majoritinya terdiri daripada masyarakat India di negeri ini sedang diproses melalui usaha gerakan kerja yang dilaksanakan MIC negeri di bawah SITF.

"Kelulusan ini mengambil masa di mana pemohon perlu mengisi butiran peribadi dan segala maklumat terperinci bagi memudahkan Jabatan Pendaftaran Negara meneliti sebelum layak diberi dokumen pengenalan diri.

"Kadangkala ada butiran yang tidak lengkap dan ini menyebabkan pihak jabatan terpaksa mencari mereka semula dan ada kes di mana pemohon telah berpindah dan tidak dapat dikesan," ujarnya.

Justeru melalui kerjasama yang dilakukan MIC di bawah SITF ini, mereka yang tidak dapat dikesan sebelum ini berjaya dikumpulkan maklumat bagi memudahkan urusan dokumentasi.

ADUN Pantai Kundor taja akhbar Utusan Malaysia

Posted:

ADUN Pantai Kundor taja akhbar Utusan Malaysia

ADUN Pantai Kundor taja akhbar Utusan Malaysia


Ab. Rahman Ab. Karim (belakang, tengah) bersama pelajar SMK Seri Tanjung sambil menunjukkan akhbar Utusan Malaysia yang ditaja oleh beliau sebagai menyokong usaha Kempen 1 Rumah 1 Utusan di Pantai Kundor, Melaka, semalam.


MELAKA 1 Mac - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Kundor, Datuk Ab. Rahman Ab. Karim mengambil inisiatif menaja 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia bagi mengalakan masyarakat di situ membaca akhbar tersebut.

Akhbar tersebut diedarkan di sekolah-sekolah sekitar DUN tersebut termasuk di kedai-kedai, restoran, setiap kawasan perumahan, kampung dan tempat tumpuan orang awam.

Ab. Rahman berkata, masyarakat di kawasan tersebut wajar membaca Utusan Malaysia kerana isi kandungan akhbar itu banyak memberi manfaat dan maklumat kepada orang ramai.

"Akhbar ini sudah lama bertapak dan menjadi wadah orang Melayu sejak dulu hingga kini. Saya yakin penduduk DUN ini akan terus memilih Utusan Malaysia sebagai akhbar pilihan utama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas turut mengedarkan akhbar Utusan Malaysia di sekitar kawasan DUN Pantai Kundor, di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta masyarakat di kawasan tersebut untuk terus membaca akhbar Utusan Malaysia bagi memperoleh maklumat terkini.

Jangan toreh sembarangan

Posted:

Jangan toreh sembarangan

Jangan toreh sembarangan

Oleh SAJIDA ASARULAH KHAN
utusanN9@utusan.com.my

JEMPOL 1 Mac - Pekebun kecil diingatkan tidak membiarkan pokok getah ditoreh sewenang-wenangnya oleh pekerja asing sehingga menyebabkan kerugian.

Pengarah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) negeri, Abdul Ghafar Borhanudin berkata, sikap lepas tangan itu menyebabkan berlakunya torehan salah, yang bukan sahaja menjejaskan hasil getah, bahkan merosakkan pokok.

"Kalau kita melakukan torehan yang betul, pokok getah boleh bertahan sehingga usia mencecah 20 tahun.

"Malangnya hari ini, banyak pokok getah hanya bertahan sehingga 13 tahun dan perlu menjalani proses penanaman semula, akibat torehan salah kerana percayakan kerja yang dilakukan warga asing," katanya ketika ditemui pada majlis Kempen Gerakan Membaja peringkat daerah ini, di sini semalam.

Majlis itu dilangsungkan di Kebun Sungai Taling, Batu Kikir dekat sini dan dirasmikan oleh Ahli Parlimen Jempol, Datuk Lilah Yassin.

Kata Abdul Ghafar, selain memastikan kaedah torehan, beliau juga menasihatkan pekebun supaya melakukan pembajaan berterusan bagi pokok getah sedia ada.

"Kita membaja pokok getah bukan semasa kecil sahaja, ia perlu diteruskan dari semasa ke semasa sehingga pokok tersebut perlu ditanam semula.

"Tidaklah nanti pertumbuhan pokok tersebut terbantut. Kita mahu pokok getah yang ditanam dapat menghasilkan susu getah berkualiti," ujarnya.

Sementara itu Lilah dalam ucapannya berkata, pekebun hendaklah sentiasa mendapatkan maklumat daripada pihak RISDA terutama kaedah terkini menghasilkan susu getah berkualiti.

"Kita kenalah belajar. Tak tahu kenalah tanya. Kalau kena baja, kita bajalah pokok getah itu dengan baik. Jangan harapkan RISDA sahaja yang akan buat," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan