Sabtu, 3 Mac 2012

Utusan Online - Rencana

Utusan Online - Rencana


Kedudukan ekonomi negara kukuh

Posted:

Kedudukan ekonomi negara kukuh

Oleh Dr. Mahani Zainal Abidin

KEBELAKANGAN ini sering terdengar suara kebimbangan tentang hutang negara yang tinggi yang diuar-uarkan akan membawa padah buruk kepada Malaysia. Malaysia dikatakan tidak dapat menanggung beban hutang yang besar ini. Ada juga yang meramalkan Malaysia akan jadi seperti Greece yang muflis serta terpaksa diselamatkan oleh IMF dan negara-negara lain mengakibatkan rakyatnya menderita kerana syarat-syarat ketat yang dikenakan.

Adakah ini benar? Biarlah saya mulakan dengan memberi penjelasan tentang situasi hutang negara. Memang benar hutang negara sampai tahap yang tinggi iaitu telah mencecah RM440.7 bilion atau 53.1 peratus dari Keluaran Domestik Kasar Negara (KDNK) pada suku ketiga 2011. Ramalan jumlah hutang negara boleh menjadi RM495 bilion di akhir tahun 2012, berdasarkan perbelanjaan Bajet 2012. Disamping tahap yang tinggi, mengikut penganalisis ekonomi, kadar kenaikan pantas ini iaitu sebanyak 68 peratus dari tahun 2006 sehingga 2010 jika berterusan boleh menyebabkan hutang negara menjadi sangat besar.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PTG untuk artikel penuh.

Kopitiam pun milik mereka

Posted:

Kopitiam pun milik mereka

Dari Jakarta Saharudin Musthafa

TIDAK pasti sama ada mahu ketawa atau marah sebaik mendengar berita seorang pengusaha perniagaan kopitiam tempatan Indonesia, Abdul Alek diberikan hak eksklusif untuk menggunakan perkataan "kopitiam" pada restoran yang diusahakan beliau.

Barangkali, kerana menyedari potensi perniagaan kopitiam berkembang luas di Indonesia, Abdul Alek awal-awal lagi membuat keputusan untuk mendaftar perkataan kopitiam pada pihak berwajib pada tahun 1996 sebagai hak miliknya seorang.

Tindakan itu sebagai persediaan bahawa jangan ada mana-mana ahli perniagaan lain yang berani menggunakan perkataan kopitiam pada restoran yang diusahakan mereka.

Abdul Alek bukan main-main dalam hal itu. Dia berjaya memperoleh hak eksklusif untuk menggunakan perkata kopitiam apabila mahkamah memberi kemenangan kepadanya selepas memfailkan saman ke atas Kopitiam Kok Tong di Medan dua tahun lalu kerana menggunakan kopitiam pada kedainya.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PTG untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan