Selasa, 6 Mac 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


Jawatankuasa Pemandu cerminkan Pas tidak yakin Azizan

Posted:

Jawatankuasa Pemandu cerminkan Pas tidak yakin Azizan

KULAIJAYA 6 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tindakan Pas Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau semua keputusan yang dibuat kerajaan negeri Kedah mencerminkan parti itu tidak yakin terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sekiranya Pas Pusat yakin terhadap kepimpinan Azizan, sudah pasti jawatankuasa tersebut tidak perlu diwujudkan.

"Ini (jawatankuasa) jelas mereka tak yakin dengan MB (Menteri Besar). Di Johor, kita tidak ada jawatankuasa pemandu untuk pantau Datuk (Abdul) Ghani (Othman).

"Ini memberi gambaran krisis Pas belum selesai. Tugas Azizan akan lebih mencabar," katanya ketika diminta mengulas tindakan Pas Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu itu.

Muhyiddin ditemui selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Rakyat dan merasmikan bangunan baru Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kulaijaya, di sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Johor tetap kubu kuat Barisan Nasional

Posted:

Johor tetap kubu kuat Barisan Nasional

KULAIJAYA 6 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Johor masih merupakan 'tiang seri' dan kubu kuat Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, keyakinan itu berdasarkan sentimen dan sokongan rakyat negeri ini yang terus bersikap positif terhadap kepimpinan BN.

"Namun, kita tidak boleh ambil mudah perkara ini. Saya mohon pemimpin di semua peringkat sama ada UMNO bahagian dan BN bekerja lebih kuat, kena kerja berganda.

"Apa yang penting kita kena beri tumpuan kepada persediaan kita memenangi hati rakyat dan pengundi, perkukuhkan jentera parti dan mendekati rakyat," kata ketika ditanya mengenai hasil mesyuarat tertutup beliau dengan Badan Perhubungan UMNO Johor dan pemimpin BN negeri di Senai dekat sini hari ini.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6 petang untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan