Jumaat, 2 Mac 2012

Utusan Online - Politik

Utusan Online - Politik


BN janji perubahan lebih baik di Kelantan

Posted:

BN janji perubahan lebih baik di Kelantan

JELI 2 Mac - Barisan Nasional (BN) berjanji akan mengubah landskap Kelantan ke arah yang lebih baik dengan tetap mempertahankan akhlak dan akidah Islam sekiranya menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini disebabkan terlalu banyak masalah yang tidak diselesaikan oleh Pas biarpun diberi peluang oleh rakyat negeri ini untuk memerintah sejak dua dekad lalu.

Justeru, beliau mengajak rakyat di negeri supaya melakukan perubahan selepas merasai sendiri pengalaman di bawah kerajaan yang dipimpin oleh Pas.

"Kelantan kita hendak maju sebab orang Kelantan ada serba kebolehan, banyak cerdik pandai orang Kelantan, inilah tempatnya kita hendak majukan umat Islam melalui akidah akhlak dan ilmu.

"Di bawah kerajaan BN insya- Allah, jika diberi mandat kita akan jamin (masalah) air selesai, kita jamin masalah ladang rakyat selesai, kemudahan asas selesai dan perumahan rakyat kita laksanakan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

BN yakin rampas Parlimen Wangsa Maju

Posted:

BN yakin rampas Parlimen Wangsa Maju

KUALA LUMPUR 2 Mac - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin Barisan Nasional (BN) dapat merampas semula Parlimen Wangsa Maju pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Beliau berkata, keyakinan itu dilihat berdasarkan pelbagai aspek termasuk kegoyahan parti pembangkang di kawasan berkenaan.

Justeru, Muhyiddin menggesa semua pemimpin dan jentera parti bekerja kuat untuk menawan kembali kawasan berkenaan.

Gesaan itu dibuat dalam taklimat tertutup selama kira-kira sejam bersama-sama jentera BN yang turut disertai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin di Pejabat UMNO Bahagian Wangsa Maju di sini hari ini.

Selepas taklimat berkenaan, Muhyiddin menyertai lebih 700 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk minum petang.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan