Sabtu, 3 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Mustaffa terus ke Terengganu

Posted:

Mustaffa terus ke Terengganu

Oleh ZAMZURINA AHMAD
zamzurina.ahmad@utusan.com.my


ADNAN Yaakob (kanan) mengibarkan bendera melepaskan peserta jalan kaki solo, Mustaffa Kamal Abdul Karim di Kuantan, Pahang, semalam.


KUANTAN 3 Mac - Peserta jalan kaki solo, Mustaffa Kamal Abdul Karim, 53, tiba di daerah ini hari ini selepas memulakan Misi Larian Solo Mengelilingi Semenanjung Malaysia sejak 31 Disember lalu.

Bekas pesara tentera itu memulakan perjalanan secara berjalan kaki dari Butterworth, Pulau Pinang bagi mengumpul dana kebajikan untuk Yayasan Fathir.

Yayasan berkenan yang ditubuhkan Oktober 2011 di Pulau Pinang, menjadikan acara itu bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada orang miskin serta golongan memerlukan.

Menurut Mustaffa, selain mengumpul dana untuk kerja amal, program itu bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotik rakyat kepada negara.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PTG untuk artikel penuh.

Pelajar perlu kuasai sains dan teknologi

Posted:

Pelajar perlu kuasai sains dan teknologi

TEMERLOH 3 Mac - Karnival Sains, Pendidikan dan Jejak Inovasi 2012 peringkat daerah selama tiga hari yang bermula semalam diharap mampu mencetuskan minat pelajar terhadap pendidikan sains dan teknologi.

Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, karnival yang dianjurkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Temerloh itu memberi ruang terhadap para pelajar yang dikatakan kurang berminat terhadap sains dan teknologi.

Menurutnya, negara memerlukan modal insan dalam kedua-dua bidang itu bagi merealisasikan impian untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

"Kita berharap kehadiran calon Angkasawan Negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed yang menyampaikan ceramah pada karnival tersebut mampu menjadi inspirasi kepada para pelajar untuk menerokai bidang sains dan teknologi.

...

Sila dapatkan naskhah Mingguan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PTG untuk artikel penuh.

RM550,000 BR1M di Lipis

Posted:

RM550,000 BR1M di Lipis

KUALA LIPIS 3 Mac - Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM550,000 untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 11,000 penduduk yang layak di daerah ini.

Ahli Parlimen Lipis, Datuk Dr. Mohamad Shahrom Osman berkata, pemberian baucar itu akan dibuat secara berperingkat dan penduduk diminta bersabar kerana pembahagian dibuat secara berjadual.

Katanya, kerajaan telah memperuntukkan RM520 juta untuk BR1M di seluruh negara.

"Gunakan duit itu secara berhemah serta membeli barangan keperluan dan selebihnya disimpan untuk kegunaan masa depan," katanya kepada pemberita di sini baru-baru ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan