Jumaat, 2 Mac 2012

Utusan Online - Pahang

Utusan Online - Pahang


Projek Rimbunan kasih diperluas

Posted:

Projek Rimbunan kasih diperluas

Oleh MOHD.FAIRUZ YUSOF
utusanpahang@utusan.com.my

KUANTAN 2 Mac - Kerajaan negeri diminta mewujudkan semula subsidi peralatan pertanian bagi membantu meningkatkan hasil petani di Pahang.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Hal Ehwal Felda negeri, Datuk Tan Mohd. Aminuddin Ishak berkata, sebelum ini subsidi tersebut telah dilaksanakan, tetapi terpaksa diberhentikan kerana terdapat individu tertentu menyalahgunakannya untuk kepentingan sendiri.

"Perkara ini akan saya bawa kepada kerajaan negeri supaya terdapat satu kaedah boleh digunakan untuk menyalurkan subsidi itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan bengkel pertanian sempena Konvensyen Ekonomi Pahang di sini kelmarin.

Katanya, antara cadangan yang dikemukakan peserta konvensyen mengenai perkara itu ialah subsidi berkenaan boleh disalurkan melalui Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) supaya pihak berkenaan dapat menguruskannya dengan berkesan.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Murid SK (P) Methodist sambut Maulidur Rasul

Posted:

Murid SK (P) Methodist sambut Maulidur Rasul

KUANTAN 2 Mac. - Seramai 815 murid Sekolah Kebangsaan (P) Methodist Kuantan dan guru serta kakitangan sekolah menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah itu di sini baru-baru ini.

Guru Besar sekolah tersebut, Hamidah Mansor berkata, sambutan yang menjadi aktiviti tahunan sekolah itu turut mendapat sokongan daripada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah.

"Kita mahu semua pelajar yang beragama Islam di sekolah ini tahu keistimewaan hari kelahiran junjungan besar kita, Rasulullah SAW," katanya di sini baru-baru ini.

Katanya, perkara sedemikian harus diterapkan kepada anak-anak sejak dari sekolah rendah lagi agar mereka tidak hanya tahu meraikan sambutan lain seperti tahun baru.

Selain berarak, kata beliau, pihak sekolah turut menjemput penceramah bagi sesi motivasi dan kesedaran kepada murid-murid.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Arthur bunuh 16 komunis

Posted:

Arthur bunuh 16 komunis


ARTHUR Albert Waters (tengah) memperkatakan sesuatu kepada Ahamad Pakeh Adam (kiri) di rumahnya di kebun durian Kampung Damansara, Kuantan, baru-baru ini.


KUANTAN 2 Mac - Nama seperti Arthur Albert Waters, 91, mungkin tidak pernah didengar dalam perjuangan menuntut kemerdekaan negara.

Namun begitu, Arthur adalah seorang veteran perang Britain yang pernah berkhidmat dalam pasukan polis British di negara ini ketika menentang komunis suatu ketika dahulu.

Sepanjang perkhidmatannya, dia yang berpangkat leftenan ketika itu, sanggup berkorban untuk menentang komunis bagi mengekalkan keamanan Tanah Melayu semasa zaman darurat pada 1948.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Damansara dekat sini, dia pernah ditugaskan di Balai Polis Sungai Siput, Perak selama 10 tahun dan berjaya menembak mati 16 komunis yang cuba mengancam keselamatan penduduk ketika itu.

...

Sila dapatkan naskhah Utusan Malaysia hari ini atau ikuti Utusan Online selepas 6.00PM untuk artikel penuh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan